Logitech G433 dan G233 ringan di kepala dan telinga

Share Button

Logitech G tidak putus-putus menghasilkan produk khusus untuk pemain game di komputer. Terbaru, mereka melancarkan set kepala gaming Logitech G433 7.1 dan juga Logitech G233 Prodigy. Ia adalah fon kepala yang direka khas untuk peminat permainan video.

Kedua-dua fon kepala ini memiliki pemacu Pro-G termaju, digandingkan dengan kemasan jaring hibrid untuk memberikan audio berkualiti tinggi. Kualiti bunyi Logitech G dioptimasikan untuk penghasilan semula analog dan juga digital melalui USB, memastikan bunyi paling tepat tidak mengira sambungan.

Fon kepala ini disertakan mikrofon boom berkualiti tinggi dan boleh ditanggal, bersama filter micro-pop untuk komunikasi yang sejernih kristal. Ia serasi digunakan bersama komputer, serta konsol seperti Xbox One, Playstation 4 dan Nintendo Switch.

Logitech G233 (kiri) dan G433 (kanan) dicabut mikrofon

Logitech G433 dan G233 juga diiktiraf oleh Discord, memastikan audio dan suara yang sentiasa jelas untuk komunikasi.

Walaupun direka tahan lasak, Logitech G433 dan G233 masih sangat ringan, seberat 259 gram sahaja. Logitech G433 menggunakan fabrik hydrophobic yang kalis air. Rekaan berjaring memastikan aliran angin yang selesa, dengan Logitech G433 turut diberikan pad telinga mikrofiber sebagai alternatif. Pad telinga ini boleh dicabut untuk dibersihkan.

Logitech G433 merupakan fon kepala dikuasakan sistem bunyi keliling DTS Headphone:X® 7.1. Ia mencipta bunyi ibarat 7.1 saluran, memberikan efek sekeliling dan posisi dalam permainan yang tepat.

Tiga warna Logitech G433: Biru, Hitam dan Merah

Fon kepala Logitech G433 dan Logitech G233 akan mula dijual di Malaysia bermula Julai 2017. Logitech G433 dijual pada harga RM499 dengan tiga pilihan warna: Biru, Hitam dan Merah. Manakala Logitech G233 pula berharga RM369, didatangkan dalam satu pilihan warna, Hitam dengan pad telinga berwarna biru. Kedua-duanya disertakan jaminan selama dua tahun.

Maklumat lanjut tentang fon kepala Logitech G yang baru ini boleh didapati di laman produk Logitech G433 dan Logitech G233.

Apa komen anda?