Lepas Gold & Rose Gold, Vivo V5s Kini Ada Warna Maskulin

Share Button

Sewaktu awal dilancarkan bulan lepas, vivo V5s hadir dalam konfigurasi warna gold dan rose gold. Hari ini, warna hitam telah menyertai barisan warna yang boleh dibeli oleh pengguna.

vivo V5s adalah telefon yang menumpukan pada kegiatan selfie. Mana taknya, kamera depannya mengunakan sensor Sony IMX376 beresolusi 20MP dengan apertur F2.0. Lampu LED depan juga hadir untuk memberikan kesan cahaya lembut supaya selfie lebih cerah dan menawan lebih-lebih lagi dengan adanya fungsi Face Beauty 6.0.

Storan 64GB disediakan untuk mengisi segala macam gambar dan jiga masih tidak cukup, satu slot mikro-SD hibrid disediakan. Audio berkualiti tinggi juga ciri menarik yang ada pada telefon ini dengan kehadiran cip audio DAC AK4376.

Telefon berbadan besi penuh ini dilengkapi panel LCD dengan resolusi HD sebesar 5.5 inci. Ia dikuasakan bateri berkapasiti 3,000mAh, malangnya tiada fungsi pengecasan pantas disertakan.

Looking for an ideal gift for Father’s Day ? Visit our booth at IOI City Mall Roadshow from 15th June to 27th June to…

Posted by Vivo Malaysia on Wednesday, June 14, 2017

vivo v5s dijual pada harga RM1,299. Layari kedai dalam talian vivo di Lazada jika anda berminat untuk mendapatkannya sebuah. Bermula hari ini hingga 27 Jun, vivo ada mengadakan jerayawara di IOI City Mall, jika ada berada berhampiran, berkunjunglah ke acara itu dan beli sebuah vivo V5s.

Apa komen anda?