Kongsi kereta balik kampung lebih mudah dengan Droupr

Share Button

Anda pernah cuba hitchhike, atau tumpang kereta orang tak dikenali untuk ke sesuatu tempat? Mungkin kerana tiket bas dan keretapi telah kehabisan, lagi-lagi nak raya ni. Kini ia boleh dilakukan dengan mudah dan selamat dengan menggunakan Droupr.

Droupr menyediakan khidmat berkongsi kenderaan, mempertemukan pemandu dan penumpang yang ingin menuju ke destinasi yang sama. Di samping itu, pemilik kenderaan dapat menjimatkan kos perjalanan, dengan berkongsi bersama penumpang. Penumpang pula, dapat sampai ke destinasi yang diingini.

Droupr telah dilancarkan setahun yang lepas, menggunakan antaramuka web. Kini, ia mengumumkan aplikasi mudah alih Android dan iOS sedia untuk digunakan.

Aplikasi mudah alih Droupr telah sedia memiliki butang memanggil bantuan Distress Signal, menjadikannya yang pertama di Malaysia menyediakannya. Apabila menekana butang ini, ia akan menghantar lokasi pengguna kepada individu yang terpilih tanpa perlu menggunakan data internet. Droupr juga sedang berusaha untuk menghubungkan butang ini terus kepada pihak berkuasa dan polis.

Antara fungsi yang disediakan Droupr adalah maklumat peribadi penumpang dan pemandu yang telus, sehingga ke alamat rumah. Pemandu juga boleh memilih untuk membuka semua tempat duduk untuk ditumpang.

Selain itu, terdapat juga pilihan sama ada mahu berkongsi kenderaan bersama lelaki atau perempuan sahaja. Sistem mesej perbualan terbina di dalam aplikasi, memudahkan komunikasi sebelum dan selepas tempahan.

Droupr menjamin pulangan wang 100% jika pemandu membatalkan perjalanan, atau tiada caj jika penumpang yang membatalkan tempahan, mengikut terma dan syarat.

Sempena Hari Raya ini, Droupr memberi diskaun RM20 (RM10 x2) kepada semua pengguna menggunakan kod TONGTONGRAYA, dari 12 Jun hingga 12 Julai 2017. Droupr turut menyediakan perlindungan sehingga RM350, untuk menampung kos kereta tunda di waktu kecemasan.

Nak balik kampung? #TongTongJe dengan Droupr. Muat turun aplikasi Droupr di Apple Appstore dan Google Playstore. Dapatkan makluamt lanjut dan berita terkini Droupr menerusi Blog Droupr, serta di Facebook, Instagram dan Twitter Droupr.

Apa komen anda?