Kerajaan mahu kelajuan 1BestariNet mencecah 20Mbps

Share Button

Talian internet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, akan dinaik taraf kepada kelajuan 10Mbps menjelang tahun depan. Ini adalah arahan yang dikeluarkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada 1BestariNet yang menguruskan prasarana tersebut.

1BestariNet merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, sebanyak 10,000 sekolah di Malaysia dilengkapi internet jalur lebar berkelajuan tinggi bersama platform pendidikan maya.

Menurut beliau, Kementerian telah mengarahkan 1BestariNet untuk dinaiktraf kelajuannya di mana purata sekarang sekitar 4 Mbps, kepada sekitar 8Mbps sehingga 20 Mbps menjelang tahun 2018. Manakala sekolah yang tidak memiliki menara 1BestariNet, kementerian mahukan capakaian wayarles mencecah signal 4G.

Kebanyakan sekolah di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung masih menggunakan sistem VSAT, dengan kelajuan sekitar 1.3 dan 1.4 Mbps. Ia akan menjadi sasaran Indeks Prestasi Utama bagi 1BestariNet, tambah Datuk Seri Mahdzir.

Semoga dengan naik taraf 1BestariNet ini, akan menjadikan pendidikan di Malaysia lebih baik buat guru dan juga pelajar.

[SUMBER: NST]

Apa komen anda?