Iklan Hari Raya 2017 Yang Mana Paling Epik?

Share Button

Kurang daripada seminggu kita akan menyambut Hari Raya. Sektor-sektor korporat sudah mula menerbitkan iklan Raya masing-masing. Berbanding tahun lepas, iklan Hari Raya tahun ini tak banyak yang sedih-sedih, sebaliknya aspek komedi disuntik ke dalam sinematik.

Seperti biasa, Petronas masih belum menerbitkan iklannya setakat artikel ini ditulis. Artikel ini akan dikemas kini jika ada iklan raya yang baru dimuat naik di Internet. Kalau anda nak tonton koleksi iklan Hari Raya 2016, anda boleh ka pautan ini.

Senarai iklan raya 2017 setakat ini:

  1. Astro
  2. BSN
  3. Breeze
  4. Celcom
  5. CIMB
  6. Digi
  7. Hypp Inspirasi
  8. KFC
  9. Mah Sing Group
  10. MAS
  11. Maxis
  12. MYNIC
  13. OPPO
  14. Pelaburan Mara Berhad
  15. Petronas
  16. Pos Malaysia
  17. RHB
  18. Samsung
  19. Telekom Malaysia
  20. Tenaga Nasional Berhad
  21. Uda Properties
  22. Yeos

ASTRO

Astro turut menggunakan tema kisah benar seperti tahun 2016. Cuma kali ini Astro menyingkap kisah disebalik seorang kanak-kanak istimewa, Luqman, yang menghidap Autisme.

Balik ke senarai


BSN

Mana sambungan iklan pengacau raya? Penonton tentunya rindukan gelagat Aloy dan Zai. Walau apapun, iklan BSN kali ini tidak kurang menarik. Ia mepengguna pakai tema kepelbagaian kaum di Malaysia. Raj dan Chong tolong menjaga rumah jiran-jirannya yang pula beraya.

Balik ke senarai


Breeze

Muhammad Ziyad Zolkefli, jaguh Olimpik kita membintangi iklan Raya Breeze tahun ini. Sertai “Kempen Beli dan Derma Bersama Breeze” untuk membantu kanak-kanak yang berlainan upaya

Balik ke senarai


Celcom

Comel pula kucing dalam iklan ni. Bolehkah anak-anak mak masak lauk Hari Raya dengan resepi turun-temurun nenek?

Balik ke senarai


CIMB

Assassins Creed Malaysia nak balik raya. Linah beli macam-macam untuk adik beradiknya yang ada di rumah anak yatim.

Balik ke senarai


Digi

Mak ayah tak mengharapkan barang-barang mewah dari anak-anak. Tayang muka di kampung masa hari raya lebih berharga daripada segalanya.


Hypp Inspirasi

Ada tiga “ta” yang boleh buat lelaki bergaduh besar. Har”ta”, Takh”ta”… satu lagi “ta” apa ya?


KFC

Aiman terus menggalas tradisi ayahnnya yang sudah meninggal.

Balik ke senarai


Mah Sing Group

Iklan Hari Raya khas untuk pekerja asing beraga Muslim di bumi Malaysia. Merekalah tunjang kepada pembangunan negara.


MAS

Unik juga iklan MAS tahun ini, ia mengisarkan bagaimana umat Islam menyambut Hari Raya diseluruh dunia.

Balik ke senarai


Maxis

Agak unik pendekatan Maxis tahun ini. Selalunya tema ibu-bapa-anak menjadi pilihan kebanyakkan penerbit. Tetapi Maxis memilih untuk menggunakan tema rumah tangga untuk iklan kali ini. Penampilan khas, Beto Kusyairy.

Balik ke senarai


MYNIC

Sambungan kisah bahulu tahun sudah. Adam kini telah  berjaya dan beliau membuka kilang bahulu untuk mengkomersialkan kuih kegemarannya itu. Tapi, rasa kuih tidak lagi sama berbanding dulu. Apa masalahnya?

 

Balik ke senarai


Oppo

Usah biar yang tersayang merinduimu dengan menatap foto. Hargai memori dengan meluangkan masa bersama mereka.

Balik ke senarai


Pelaburan Mara

Memang mendalam iklan ini. Sebuah keluarga besar yang terpaksa berpecah kerana kenderaan tidak mampu menampung semua ahli keluarga. Ada sebahagian anak yang perlu naik bas untuk sambil ayah mengikut dari belakang dengan kereta.


PETRONAS

Kisah Hakim yang cuba untuk puasa penuh tahun ini. Kawan-kawan sekelasnya turut berpuasa bersama Hakim. Lebih  menarik, mereka bukan wajib berpuasa pun, tapi nak juga puasa. Kenapa ya?


POS MALAYSIA

Kesungguhan abang posmen, Fattah, untuk hantar surat walaupun alamat di sampulnya tak lengkap. Si posmen itu pula kene bergegas beli tepung pelita yang ayahnya kirim untuk berbukan nanti. Sempatkah dia?

Balik ke senarai


RHB

Apa suasana sambut Syawal di Perak? Cuba tengok video di saat ke-3, kambing buat stunt.


Samsung

Eh, abang Shuk ni, dah malam-malam buta pun belum balik kerja lagi. Keluarga dah tunggu di kampung nak sambut raya bersama tu. Harga orang tua selagi mereka masih ada, kelak hanya gambar digital jadi peneman.


Telekom Malaysia

Penduduk Kampung Batu 311 digemparkan Dengan Misteri baT-Man. Dialah yang mencari ayam kesayangan makcik Wong, tampal bumbung pakcik Din, dan banyak lagi. Siapakan gerangan baT-Man? 3 Sekawan berkeputusan memburu baT-Man Kampung Batu 311.

Balik ke senarai


Tenaga Nasional Berhad

Jika tahun sudah iklan raya TNB mengisarkan seorang budak, kali ini ia mengajak kita menelusuri cabaran yag ditempuhi Aida untuk pulang ke kampung. Kalau anda nak tahu, agensi pengiklanan yang sama juga turut menghasilkan iklan Tahun Baru Cina 2017 untuk TNB.

Balik ke senarai


Uda Properties

Tak kisahlah rumah besar ke, rumah kecil ke, yang penting mereka dapat duit raya. Penampilan khas, Abam Bocey.


Yeos

Opah dengan diarinya. Dapat TV besar pun masih sunyi. Yang penting anak-anak balik disisi beraya.

Apa komen anda?