Honor 9 Dukung Spesifikasi Huawei P10 Dalam Badan Kaca

Share Button

Telefon honor 9 sah diperkenalkan di tanah besar China untuk berdampingan dengan flagship 2017 yang lain. Ia masih mengekalkan konfigurasi kamera berkembar, malahan spsifikasi honor 9 kebanyakannya adalah sama seperti Huawei P10 yang dilancarkan awal tahun ini.

Ia menggunakan paparan sebesar 5.15 inci beresolusi HD penuh dengan kemasan 3D Aurora Glass yang sama digunakan pada honor 8. Pada papan induk, pemproses Kirin 960 dengan RAM sehingga 6GB beserta storan sehingga 128GB digunakan.

Daripada sudut kamera, ia memiliki dua kamera belakang dengan sensor 20MP (monokrom)dan 12MP (RGB). Kamera depan pula diberikan sensor 8MP berapertur F2.0.

honor 9 memiliki fungsi pengecasan pantas untuk mengisi bateri 3,200 mAh yang dimilikinya.

Harga varian-varian honor 9 adalah seperti berikut

  • RMB 2,299 (RM 1,442) – RAM 4GB + storan 64GB
  • RMB 2,699 (RM 1,693) – RAM 6GB + storan 64GB
  • RMB 2,999 (RM 1,881) – RAM 6GB + storan 128GB

[Sumber: PhoneDaily]

Apa komen anda?