Gelang Aktiviti Mi Band Lebih Hebat Daripada Apple Watch

Share Button

Pasaran peranti boleh pakai (wearable) dunia menunjukkan pola menaik apabila sebanyak 24.7 juta unit wearable pelbagai jenama telah diedarkan di seluruh dunia daripada Januari hingga Mac 2017 sahaja, satu peningkatan 17.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Angka tersebut dirujuk daripada statistik terbaru IDC.

Xiaomi mengungguli pasaran wearable berbekalkan barisan Mi Band yang berharga kurang daripada RM200. Ia mencerminkan bahawa wearable yang murah tak semestinya tiada potensi.

Apple pula menduduki tempat kedua dengan Apple Watch 1 dan 2. Produk wearable Apple menunjukkan peningkatan daripada segi pengedaran iaitu 64.1% kepada 3.6 juta unit.

Syarikat yang paling nyata menunjukkan penurunan adalah Fitbit. Berbanding suku pertama 2016, tahun ini mereka hanya mengedarkan 3.0 juta unit atau penurunan sebanyak 37.7%.

Samsung nyata bergaya pabila mencatatkan peningkatan hampir sekali ganda apabila berjaya mengedarkan 1.4 juta unit wearable pada suku pertama tahun ini. Ia mungkin dipacu oleh Samsung Galaxy Gear S3 dan Gear Fit 2 yang dilancarkan pada suku keempat 2016.

Tangga kelima adalah Garmin yang konsisten pada 1.1 juta unit.

[Sumber]

Trackbacks

  1. […] anda ada membaca artikel kami berkaitan pasaran wearable untuk suku 1 2017, ia adalah satu penokokan sebanyak […]

Apa komen anda?