ESL komited adakan dua lagi pertandingan Dota 2 di Asia Tenggara

Share Button

Tahun lepas ESL, satu pertandingan eSukan antara yang terbesar di dunia telah memilih Manila sebagai lokasi pertandingan utama mereka. Awal tahun ini, ESL memilih Genting pula sebagai hos pertama pertandingan mereka bagi 2017. ESL mengorak langkah lebih luas di Asia Tenggara apabila mengumumkan pembukaan pejabat serantau ESL Asia Tenggara.

Pembukaan pejabat serantau Asia Tenggara ini membuktikan populariti eSukan yang kian berkembang di rantau ini. Ini boleh dilihat di mana ESL One Manila dan ESL One Genting yang menyatukan pasukan terbaik Dota 2, mengetengahkan hadiah terkumpul bernilai USD500,000 (~RM2.131 juta) dan dikunjungi lebih 30,000 penonton.

ESL One Genting 2017

Pejabat serantau ESL Asia Tenggara ini akan dibuka di Singapura, dan diterajui oleh Sebastian Radu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Beliau berpengalaman dalam dunia eSukan sejak tahun 2004, menerajui sebuah agensi eSukan di Sepanyol yang kemudiannya menjadi subsidiari ESL pada tahun 2011.

Bersama pembukaan pejabat ini, ESL Asia Tenggara telah menyatakan komitmen untuk mengadakan dua pertandingan DOTA 2 di Asia Tenggara, sebagi kesinambungan Manila dan Genting.

Di manakah agaknya pertandingan ESL One Dota 2 akan diadakan selepas ini? Jom kita beramai-ramai cadangkan lokasi di Malaysia kepada ESL, menerusi Twitter @ESLDota2 atau Facebook ESL Dota.

[SUMBER: ESL]

Apa komen anda?