Bayar Zakat Fitrah dan Harta boleh dibuat online

Share Button

Tibanya Ramadhan menandakan pelaksanaan salah satu rukun islam. Selain berpuasa, umat Islam juga diwajibkan membayar zakat, dan salah satu zakat yang perlu dibayar khusus semasa bulan Ramadhan adalah Zakat Fitrah.

Kadar Zakat Fitrah di Malaysia berbeza mengikut negeri. Tetapi kebanyakan negeri menetapkan Zakat Fitrah bagi tahun 1438 Hijrah (2017) berkadar RM7.00, kecuali Melaka dan Negeri Sembilan, masing-masing ditetapkan pada RM6.70 dan RM6.50.

SUMBER: Bahagian Dakwah Jakim

Selain Zakat Fitrah, ada beberapa jenis zakat yang perlu dibayar secara tahunan seperti Zakat Hata seperti pendapatan, perniagaan, simpanan, emas dan lain-lain. Untuk memudahkan kiraan Zakat Harta setahun, bayaran boleh dibuat di bulan Ramadhan bersama-sama Zakat Fitrah.

Ramai yang tidak sedar dan sering membuat bayaran zakat selain fitrah, pada hujung tahun Masihi. Tetapi zakat harus dikira mengikut tahun Hijrah, bukan Masihi. Ini kerana hari di dalam tahun Hijrah tidak bersamaan dengan Masihi.

Jika anda tidak pasti berapa Zakat Harta yang perlu dikeluarkan, Pusat Pungutan Zakat ada menyediakan kalkulator zakat untuk memudahkan pengiraan zakat-zakat selain fitrah.

Bagi yang mungkin tidak berkesempatan untuk ke masjid atau kaunter-kaunter zakat fitrah yang dibuka di kebanyakan tempat orang ramai seperti pusat membeli-belah dan stesen LRT, beberapa pusat zakat negeri menyediakan kemudahan membuat bayaran dalam talian. Kebanyakannya menerima pembayaran secara perbankan online, serta kad kredit islamik dan juga kad debit.

Antara yang menyediakan perkhidmatan pembayaran Zakat online adalah:

Selain pusat zakat, beberapa saluran online lain yang boleh digunakan untuk pembayaran zakat adalah:

Apa komen anda?