ViewSonic XG2350 perlu 1 milisaat sahaja untuk respon

Share Button

Semua benda bergerak di atas skrin adalah sangat penting bagi pemain tegar permainan video komputer. Untuk itu, monitor seperti ViewSonic XG2350 yang baru ini sangat diperlukan. Ia penuh dengan fungsi yang diperlukan seorang gamers.

Monitor ViewSonic XG2350 adalah tawaran terbaru dari ViewSonic untuk pengguna di Malaysia. Ia memiliki masa respon sepantas 1 milisaat, serta rendah lengah input. Kadar segar semula 240Mhz melengkapkan lagi kepantasan paparan monitor ini.

Kenapa monitor perlu pantas?

Respon, input dan kadar segar semula yang pantas sangat penting untuk memastikan setiap babak di dalam permainan video dapat dilihat dengan teliti dan tajam. Terutama apabila perlu membidik dan melepaskan tembakan untuk menewaskan lawan dalam ruang masa kurang dari 1 saat. Jika paparan yang terhasil tidak jelas atau kabur, sudah pasti peluang yang tiba itu disia-siakan dan mungkin tidak kembali lagi.

Selain pantas, monitor XG2350 juga menghasilkan paparan yang menawan. Teknologi ViewSonic ColorX membantu penghasilan warna hitam yang stabil dan rata di seluruh babak, sambil mengekalkan kontras dan warna-warni yang menonjol.

ColorX juga menyediakan tetapan yang boleh disesuaikan dengan penggunaan yang berbeza. Kekunci pantas mod Game menyediakan tetapan pra-sedia yang boleh memberikan paparan terbaik untuk senario permainan yang berlainan. Pengguna juga boleh membuat tetapan sendiri dan menyimpannya untuk digunakan kemudian.

Pelbagai sambungan boleh digunakan pada monitor ini seperti DisplayPort 1.2, HDMI 1.4 dan 2.0 yang menyokong AMD FreeSync, serta port USB 3.0 A/B. Ia turut dibekalkan bersama pembesar suara dengan port audio untuk sambungan luaran.

Monitor ViewSonic XG2350 kini dijual di Malaysia pada harga RM1,999. Khas untuk pembeli terawal dari 17 Mei hingga 22 Mei 2017, pembelian monitor ViewSonic XG2350 di laman web Lazada Malaysia akan menerima hadiah percuma berupa tetikus gaming SteelSeries Rival 300 bersama Steam Wallet RM100, semua ini bernilai RM400.

Tunggu apa lagi. Jika anda merasakan setiap milisaat itu penting bagi permainan anda, monitor sepantas ViewSonic XG2350 pastinya sangat diperlukan. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk ViewSonic XG2350. Sertai juga Facebook ViewSonic Malaysia untuk berita terkini.

Apa komen anda?