Tiga telefon pintar Nokia sah tiba di Malaysia

Share Button

Lama dinanti pengumuman HMD Global ini, muncul jua akhirnya. Pemegang lesen jenama Nokia ini akhirnya membuat keputusan membawakan telefon pintar Nokia secara rasmi ke Malaysia.

Perkara ini dijelaskan menerusi jemputan media yang telah diedarkan di Malaysia. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada hari Selasa, 30 Mei 2017. Dalam jemputan ini juga disebut dengan jelas, ketiga-tiga telefon pintar Nokia iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 akan dilancarkan di Malaysia.

Sebelum ini, telah tersebar maklumat tentang harga Nokia 6 di Malaysia. Dikhabarkan Nokia 6 akan dijual berharga RM899 manakala versi istimewa Nokia 6R pula berharga RM1,299. Harga Nokia 3310 turut terdapat di dalam laporan tersebut, tetapi tidak pula disebut adakah Nokia 3310 akan turut dilancarkan bersama kelak.

Hanya ada satu cara untuk mengenalpastinya. TheSkop akan berada di najlis pelancaran ini untuk mengesahkan kesemua khabar angin tersebut.

Buat yang tidak mengenali, Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 adalah telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android. Nokia 6 pertama kali diperkenalkan di China pada Januari tahun ini. Ia diikuti dengan pelancaran global Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3 di pameran MWC 2017 pada Mac lepas.

Di bawah ini adalah jadual spesifikasi telefon pintar Nokia yang dihasilkan HMD Global, bersama harga ketika pelancarannya di MWC 2017. Apakah perkara yang palng anda nantikan pada telefon pintar Nokia yang baru ini? Model yang mana akan menjadi pilihan anda?

Comments

  1. edi

    Ada ralat tu, dlm artikel nokia ‘6’ berharga rm890+, manakala dalam gambarajah jadual menunjukkan nokia ‘5’ berada dlm julat harga tersebut

    • TheSkop

      Harga dalam gambarajah tu masa pelancaran di MWC 2017 di Barcelona, dengan kadar tukaran matawang dari Euro ke RM. Manakala harga yang ditulis di atas merujuk pada satu pendedahan harganya di Malaysia.

Apa komen anda?