Tetikus Doodle Logitech ceriakan kerja seharian

Share Button

Hari anda boleh bertambah ceria jika adanya teman yang ceria di sisi. Seperti rekaan terbaru tetikus dari Logitech ini, Logitech 2017 Doodle Collection berasaskan tetikus Logitech M238. Ia adalah tetikus wayarles dengan empat rekaan pilihan doodle yang menceriakan.

Empat lukisan doodle tetikus M238 ini diberi nama Lightbulb, Sneakerhead, Skateburger dan Triple Scoop. Ia memaparkan idea kreatif yang diterjemahkan secara fizikal ke dalam aksesori harian seorang pekerja mahupun pelajar, iaitu tetikus komputer.

Tetikus ini bersambung tanpa wayar melalui Logitech Nano Receiver, yang boleh disimpan di dalam tetikus apabila tidak digunakan. Dengan satu bateri AA, ia boleh bertahan sehingga 12 bulan. Sensor penjejak optikal padanya memiliki keupayaan sehingga 1,000 dpi.

Lebih menarik, tetikus Logitech 2017 Doodle Collection serasi digunakan dengan pelbagai sistem operasi seperti Windows 10, Windows 8, Windows 7, Windows Vista, Windows XP, Mac OS X 10.5 dan ke atas, Chrome OS, serta Linux Kernel 2.6 dan ke atas.

Tetikus Logitech 2017 Doodle Collection akan mula dijual di Malaysia pada pertengahan bulan Mei ini, dengan harga RM69 termasuk GST dan 1 tahun jaminan. Maklumat lanjut tetikus ini boleh diperolehi di laman web Logitech Doodle Collection.

Apa komen anda?