[Test Produk] Dalam Sony FDR-X3000R Macam Ada Penyerap Hentak

Intro

Share Button

Pendahuluan

Kelebihan

+ Mampu merakam kandungan 4K
+ Teknologi Balanced Optical SteadyShot yang mengagumkan
+ Gelang kawalan berskrin mudahkan framing

Kekurangan

+ Tidak boleh digunakan semasa mengecas
+ Waktu mengecas yang lama
+Tiada pilihan warna selain putih

Kamera aksi yang mudah alih adalah sesuatu yang agak janggal sebelum ketibaan GoPro. Malahan, sewaktu awal penubuhan GoPro, kamera aksi mereka masih menggunakan filem fizikal. Kemudian barulah GoPro menakluki dunia kamera aksi dengan GoPro Hero yang merubah landskap kamera aksi selamanya.

Setelah beberapa lama mendominasi, muncul pula kamera-kamera seperti SJcam dan Yi Action Camera yang memberi tamparan hebat kepada GoPro. Sony, walaupun agak terlewat untuk menyertainya, tidak segan silu mencuba nasib untuk melalu FDR-X1000V pada tahun 2015.

Setahun kemudian dalam bulan September 2016, FDR-X3000R pula dilancarkan yang menjanjikan seribu satu penambahbaikkan berbanding sebelumnya.

Seunit kamera aksi ini tiba di meja editor kami dan kami sempat menggunakannya untuk beberapa minggu. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui pengalaman kami menggunakannya.

Fizikal Kamera

Kamera aksi Sony FDR-X3000R mempunyai binaan badan bewarna putih berbentuk kuboid dengan dimensi 47mm x 29.5mm x 83mm dengan berat kira-kira 116 gram. Terus daripada kotak, anda akan menerima perumah kedap air sehingga 50 meter dan alat kawalan jauh berupa sebuah gelang tangan berskrin. Anda juga menerima beberapa unit penyesuai mounting.

Sebanyak tiga penunjuk LED diletakkan di tiga penjuru kamera untuk memberikan isyarat merakam supaya pengguna tak perlu selalu memeriksa paparan LCD monokrom yang terletak di bahagian sisi kamera ini.

Kemudian, lima butang fizikal hadir pada badan kamera dengan tiga pada bahagian sisi dan dua lagi pada bahagian atas. Ia memudahkan navigasi terus daripada kamera. Pada bahagian depan terdapat mikrofon stereo yang memiliki fungsi menguraikan bunyi angin supaya suara anda jelas kedengaran walaupun dalam keadaan persekitaran berangin.

Bahagian belakang menempatkan tiga port I/O seperti HDMI OUT, mikro-USB, dan mikrofon luaran. Kehadiran port mikrofon luaran amat membantu sekirannya kamera ini digunakan untuk tujuan vlogging.

Penutup bateri terletak di bahagian sisi kanan. Bateri daripada jenis NP-BX1 digunakan, sama seperti yang digunakan pada kamera siri RX100. Akhir sekali, bahagian bawah kamera ini terdapat lubang skru tripod biasa bersama slot mikro-SD.

Pada sudut spesifikasi kamera itu sendiri, lensa ZEISS Tessar digunakan dengan apertur seluas F2.8. Lensa tersebut menyalurkan cahaya kepada sensor sebesar 1/2.5 inci daripada jenis Exmor R CMOS 8.2 MP. Data cahaya yang ditukarkan ke isyarat elektrik pula kemudiannya diproses oleh pemproses image BIONZ X.

[Halaman Seterusnya: Prestasi dan Sampel Gambar & Kesimpulan]

Apa komen anda?