Swafoto bokeh fungsi terbaru pakar selfie OPPO A77

Share Button

Dengan tibanya OPPO A77 ke Malaysia, OPPO kini memiliki barisan lengkap telefon pintar pakar selfie untuk segenap lapisan masyarakat. OPPO A77 memenuhi keperluan di kelas pertengahan, untuk memiliki pakar selfie berprestasi tinggi.

OPPO A77 kini telah dijual di Malaysia pada harga RM1,398 dengan dua pilihan warna kegemaran ramai, Emas dan Emas Ros. Dari segi perkakas, ia berada sedikit atas dari kelas pertengahan. Cuma, ia tidak disertakan pengecas pantas VOOC sahaja. Ia boleh di beli di Stor Online OPPO dan Stor Konsep OPPO.

Label pakar selfie pada OPPO A77 memastikan ia memiliki kamera yang hebat untuk swafoto. Kamera depan OPPO A77 menggunakan sensor 16MP F2.0 bersama fungsi Beautify 4.0 dan efek bokeh, yang telah terbukti menangkap selfie sempurna. Kamera belakangnya pula 13MP F2.2, disertakan autofokus dan LED Flash.

Kuasa dalaman OPPO A77 digerakkan oleh pemproses Mediatek MT6750, dengan RAM sebesar 4GB dan storan dalaman luas 64GB. Ia sedia menerima kad mikroSD bersama 2 kad sim nano serentak.

Badan besi penuh, menyaluti skrin 5.5-inci HD Penuh pada OPPO A77. Punca tenaga pula berasal dari bateri 3,200mAh, mencukupi untuk kegunaan sehari bersama pengecas bukan VOOC berkuasa 10W. Lebih banyak info tentang telefon ini boleh dirujuk di laman produk OPPO A77.

OPPO A77 adalah pilihan terbaik untuk yang mahukan skrin besar beresolusi HD Penuh, storan terluas serta kamera pakar selfie. Lain-lain peranti OPPO yang tersenarai sebagai pakar selfie adalah A57, F1s, R9s dan R9s Plus. Semak perbandingan kesemua telefon ini dalam jadual di bawah.

Apa komen anda?