Semua Yang Ada Perlu Tahu Tentang Galaxy S8 Di Malaysia

Share Button

Tanggal 4 Mei 2017 adalah hari pelancaran rasmi flagship Samsung tahun 2017 iaitu Galaxy S8 dan S8+ di Malaysia. Rata-rata pengguna seluruh dunia mengakui ia adalah Android terbaik setakat ini daripada segenap pelosok, dalam atau luar. Untuk anda yang masih kurang mengetahui tentang telefon ini, usah risau kerana teruskan membaca hingga habis artikel ini untuk memperlengkap diri anda sehelum memilih untuk membeli sebuah Galaxy S8/S8+.

Apa itu Samsung Galaxy S8/S8+?

Samsung Galaxy adalah satu jenama yang merujuk pada peranti mudah alih yang dihasilkan oleh Samsung Electronics. Salah satu produk dalam jenama ini adalah siri Galaxy S, iaitu siri telefon pintar Samsung. Kalau anda nak baca salasilah Galaxy S, anda boleh baca artikel ini.

Galaxy S yang pertama dilancarkan dalam bulan Jun 2010 untuk bersaing secara langsung dengan iPhone yang dilancarkan pada tahun sebelumnya. Galaxy S8/S8+ adalah generasi kelapan keluarga Galaxy S. Ia dilancarkan dalam bulan Mac tahun ini dan tanpa mengambil masa yang panjang, telefon ini sudahpun ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Kenapa orang ramai kecoh sangat dengan Samsung Galaxy S8/S8+?

Mestilah kecoh. Mana taknya, telefon ini adalah yang pertama menggunakan cip pemproses hasilan acuan 10nm. Snapdragon 835 dan Exynos 8895.

Menurut Qualcomm, pengguna akan menerima tambahan 2.5 jam atas waktu penggunaan berbanding telefon yang menggunakan Snapdragon 820. Berbanding Snapdraogn 801, 835 hanya memerlukan separuh tenaga yang lazimmnya digunakan 801 untuk mencatatkan prestasi yang sama.

Hasilnya, Qualcomm berjaya menghasilkan cip yang 27 eratus lebih berkuasa dan 40 peratus lebih cekap tenaga berbanding cip hasilan acuan 16nm.

Samsung Galaxy S8/S8+ juga adalah telefon pertama yang menggunakan teknologi Bluetooth 5. Berbanding kebanyakkan peranti masa ini yang masih berada pada Bluetooth 4.2, Bluetooth 5 membawakan penambahbaikkan yang nyata seperti jalur aliran data yang lebih luas sehinggakan 2 set kepala Bluetooth boleh disambung kepada telefon secara serentak.

Walaupun kamera Galaxy S8/S8+ tidak menerima naik taraf jika dibandingkan dengan kamera galaxy S7/S7 edge, Samsung mendakwa mereka telah memperhalusi perisian yang mengendalikan kamera pada telefon terbaru mereka. Bagaimana prestasi Galaxy S8/S8+ jika berada dalam kalangan telefon flagship yang lain?

Saya berminat untuk memiliki sebuah Galaxy S8/S8+, di manakah boleh saya belinya?

 

2,000 unit habis ditempah dan Samsung mahu meneruskan lagi kehangatan Galaxy S8 & S8+ baru mereka. Pada 5 hingga 7 Mei ini, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi jelajah Samsung Galaxy S8 & S8+ di tiga lokasi iaitu Sunway Pyramid (Lembah Klang), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan Sutera Mall (Johor Bahru). Pelbagai hadiah dan promosi menanti pengunjung promosi ini.

Setiap pembelian telefon pintar Galaxy S8 (RM3,299) & Galaxy S8+ (RM3,699) di tiga lokasi promosi jelajah ini, termasuk di 76 Samsung Experience Stores (SES) di seluruh Malaysia, akan menerima Kit Permulaan Edisi Terhad yang mengandungi pelindung skrin, pengecas wayarles, kabel USB-C dan casing lutsinar. Samsung turut memberikan powerbank 5,100 mAh dalam jelajah ini.

Khidmat tukar beli (trade in) juga disediakan oleh pihak Samsung. Pelbagai telefon disenaraikan dalam promosi tukar beli. Anda boleh mendapatkan potongan antara RM200 hingga RM2,300 untuk membeli Galaxy S8 anda.

Pihak telco juga ada menawarkan telefon ini. Lima penyedia terbesar yang perlu anda tahu ialah; CelcomDigiMaxisU Mobile, dan Yes. Membeli daripada telco membolehkan anda menikmati pelan panggilan yang didatangkan bersama telefon itu. Tapi kelima-lima penyedia menyediakan tawaran yang berbeza.

Apa komen anda?