Satu-satunya Android Wear Dengan Piawaian Tentera Akan Tiba Di Malaysia

Share Button

Kemas kini 17 Mei 2017

Casio melancarkan Android Wear kedua mereka, Casio PRO TREK WSD-F20, di Baselworld dalam bulan March yang lalu. Untuk pasaran Malaysia, Casio akan turut menjual edisi terhad jam tangan ini pertengahan Jun depan. Pasaran Malaysia hanya menerima Casio PRO TREK WSD-F20.

WSD-F20S memiliki semua fungsi-fungsi yang ada pada WSD-F20, cumanya bahagian muka jam ini dilapisi kaca nilam untuk berikan lebih kekalisan pada calar. Selain itu, hanya 500 unit saja dihasilkan untuk seluruh dunia menjadikannya lebih eksklusif.

Casio PRO TREK WSD-F20/F20S menggabungkan rekaan tahan lasak yang ada dalam DNA PRO TREK serta fungsi-fungsi pintar daripada Android Wear 2.0.

Antara ciri-ciri yang akan dinikmati pengguna jam ini adalah kekalisan air sehingga 50 meter daripada jam yang menerima penarafan ketenteraan MIL-STD-810.

Sensor-sensor yang biasa hadir pada jam tangan aktiviti luar turut ada seperti GPS, GLONASS, Michibiki, barometer, akselerometer, girometer, dan kompas.

Bluetooth dan Wi-Fi turut hadir untuk bersambung pada komputer dan telefon pintar anda. Jam tangan aktiviti luar ini boleh digunakan bersama telefon yang menjalankan Android mahupun iOS.

Memerlukan 2 jam untuk dicas penuh, ia boleh berkhidmat selama sehari bergantung pada penggunaan. Masa penggunaan dipanjangkan sehingga sebulan jika mod penjimatan tenaga diaktifkan.

Casio PRO TREK WSD-F20S WSD-F20 akan dijual pada harga RM2,199. ICJ & G Factory adalah dua saluran eksklusif untuk mendapatkan jam ini.

Comments

Trackbacks

  1. […] juga menjadi pemandu arah apabila diperlukan. Tapi apakah beza jam ini dengan Android Wear seperti Casio Pro Trek WSD-F20 dan Apple Watch Series […]

Apa komen anda?