Roopawan tidak memilih pembeli, anda yang tentukan

Share Button

Pertama kali beroperasi pada Ogos 2016, portal beli-belah atas talian Roopawan.com hari ini dilancarkan secara rasmi. Menyenaraikan pelbagai aksesori, fesyen dan banyak lagi barangan Muslim melalui portal dalam talian, Roopawan menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk masa terhad.

Majlis pelancaran Roopawan hari ini disempurnakan oleh YTM Raja Dato’ Seri Azureen, bersama Dato’ Mohamed Zain dan Dato’ Siti Hendon. Mereka turut disertai pengasas bersama Roopawan, Mohd Fuad Mohd Noor dan Siti Amalina Ariffin.

Roopawan menempatkan pelbagai jenama dalam dan luar negara seperti Al Emira, Annise & Babes, Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface, Celovis, Gung Jewellery, K’EET Jewels, Lila Majnun, Vermillion dan Dokoh. Tidak ketinggalan jenama antarabangsa seperti Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.

Bersama majlis pelancaran hari ini, Roopawan turut melancarkan kempen #LebaranRoopawan yang memperagakan pelbagai pilihan fesyen Aidilfitri seperti Nawre, Eddymohaizz, FAKL x Hijrah Couture, Bajufoundry, Syaraz Couture, Tuhfah serta koleksi Karyaneka.

Roopawan mensasarkan pasaran Muslim yang meluas bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Menerusi strategi pemasaran yang berkesan dan sokongan pelabur, Roopawan merancang untuk menembusi pasaran luar Malaysia menjelang akhir tahun 2017.

Nikmati pengalaman membeli-belah yang mudah dan ringkas di Roopawan sekarang, dengan melayari laman web www.roopawan.com. Selain itu, perkembangan terkini produk baharu di Roopawan boleh diikuti menerusi laman media sosial iaitu Facebook Roopawan dan Instagram @roopawan.

Apa komen anda?