Realisasikan impian menjadi juruterbang Malaysia Airlines dengan Waze

Share Button

Pernah bercita-cita nak jadi pilot atau juruterbang, tapi tak kesampaian? Apa kata cuba realisasikannya dengan Waze, aplikasi nagivasi yang popular di Malaysia.

Waze kini memberi peluang kepada pengguna untuk memandu kapalterbang jumbo Malaysia Airlines. Sedikit sebanyak, ia memberikan anda pengalaman memandu kapalterbang, dalam bentuk ikon dalam peta navigasi Waze.

Ini merupakan satu kerjasama antara Waze dan Malaysia Airlines, memperlihatkan cara unik jenama boleh berinteraksi dengan pengguna dalam kehidupan seharian.

Jika anda sering menggunakan Waze dan tahu cara-cara menukar ikon kereta, maka ia sangat mudah kerana langkahnya sama. Untuk bertukar ke kapalterbang jumbo, buka Waze dan klik ikon tetapan yang berbentuk gear. Kemudian ke Advances settings > Display & map > Car on map. Pilih Malaysia Airlines dan ikon akan berubah ke kapalterbang jumbo berlogo wau.

Selain menukar ikon kenderaan ke pelbagai pilihan seperti bas, lori dan kereta lumba, Waze juga membenarkan pertukaran suara arahan. Baru-baru ini, Waze memberikan pilihan untuk merakam sendiri suara untuk arahan di dalam Waze. Memandu dengan Waze memang sangat menyeronokkan.

Dengan pelbagai pilihan yang menjadikan navigasi sedap dipandang dan didengar, Waze juga sangat efisyen dengan bantuan pengguna membuat laporan pelbagai situasi di jalan seperti kesesakan, cuaca, kereta rosak atau objek di atas jalan.

Apakah aplikasi navigasi pilihan anda?

Lebih banyak maklumat boleh diperolehi di laman web www.waze.com. Aplikasi Waze boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Apa komen anda?