Razer Raiju keluarkan kuasa terpendam Sony PlayStation 4

Share Button

Alat kawalan untuk konsol Sony Playstation 4 (PS4) dari Razer, kini boleh mula dibeli di Asia Pasifik. Razer Raiju yang direka khas untuk kegunaan perlawanan sukan elektronik (eSport), adalah hasil kerjasama Razer dan Sony Interactive Entertainment Europe.

Alat kawalan Razer Raiju memiliki 4 butang tambahan dari alat kawalan PS4 yang biasa. Dua butang Bumper yang terletak di sudut atas bahagian belakang, serta dua lagi butang Trigger di bawah yang boleh dicabut.

Selain itu, Razer Raiju turut memiliki Quick Control Panel, butang capaian pantas untuk kawalan seperti bunyi dan mikrofon. Kesemua butang di Razer Raiju menggunakan teknologi khas Razer Hyperesponse, iaitu butang mekanikal ciptaan Razer yang memberikan tekanan dan respon taktil paling tepat dan jitu.

Razer Raiju boleh dibeli di stor online Razer di www.razerstore.com pada harga RM749. Ia datang bersama casing penyimpanan yang mudah dibawa. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman produk Razer Raiju.

Apa komen anda?