Pejabat pun perlukan sistem bunyi sebaik Jabra Evolve 75 dan Speak 710

Share Button

Jabra Malaysia hari ini melancarkan dua produk audio khas untuk kegunaan perniagaan, Jabra Evolve 75 dan Speak 710. Evolve 75 adalah fon kepala wayarles, manakala Speak 710 adalah pembesar suara Bluetooth.

Komunikasi sangat penting, terutama dalam organisasi semasa membuat keputusan penting bagi syarikat. Bayangkan anda membuat panggilan video Skype tetapi tersilap dengar antara beli dan jual? Kesilapan sebegini boleh memberi impak yang besar.

Siri Jabra Evolve yang direka khas untuk pernigaan, telah terjual lebih 2.5 juta unit di seluruh Malaysia. Model terbaru Evolve 75 ini, adalah produk terbaik dalam siri ini.

Jabra Evolve 75 memberikan pengguna lebih kebebasan tanpa wayar, sambil mengekalkan kualiti audio yang tinggi dengan tambahan pembatalan bunyi aktif (ANC). Satu ciri unik padanya adalah lampu sibuk (busylight), agar orang lain tahu anda sedang bercakap atau membuat panggilan.

Sambungan wayarles Evolve 75 boleh dibuat menerusi Bluetooth (sehingga 10 meter jauh)yang terdapat pada kebanyakan peranti dan laptop masakini, ataupun melalui dongle USB (sehingga 30 meter jauh) yang disertakan. Ia menyokong sambungan dwi-Bluetooth, boleh menyambung ke dua peranti seperti komputer dan telefon pintar pada masa yang sama.

Mikrofon berbentuk joran memastikan tangkapan bunyi berkualiti tinggi. Ia boleh menyaringkan bunyi hingar sekitar agar panggilan sentiasa jelas kedengaran. Bateri berkapasiti tinggi di dalamnya, boleh memainkan muzik sehingga 15 jam dengan ANC dihidupkan.

Terdapat dua versi Jabra Evolve 75. Jabra Evolve 75 UC serasi digunakan bersama platform Unified Communication (UC) manakala Evolve 75 MS pula diiktiraf untuk kegunaan Skype for Business. Jabra turut menjual dok berdiri, memudahkan untuk mengecas dan menyimpannya.

Untuk kegunaan persidangan video berkumpulan, boleh dapatkan speakerphone Jabra Speak 710. Ia mudah alih dengan rekaan premium, serta kualiti audio terbaik Jabra.

Bentuk bulatnya membolehkan mikrofonnya menangkap sehingga 6 suara di sekeliling. Baterinya juga bertahan lama, sehingga 15 jam penggunaan berterusan. Tambah menarik, dua unit Speak 710 boleh disambung untuk menghasilkan speaker stereo.

Selain sambungan wayarles melalui Bluetooth, ia juga boleh disambungkan melalui kabel USB yang terbina bersama. Ia juga diiktiraf untuk kegunaan platform UC seperti Avaya, Cisco, Skype for Business dan banyak lagi.

Bagi yang berminat untuk membeli Evolve 75 atau Speak 710, boleh menghubungi Gladys Kong dari Jabra di alamat emel gkong@jabra.com atau di talian +6012 2577 305. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Evolve 75 Stereo MS, Dok Pengecas & Link 370 – USD 329 (~RM1,423)
  • Evolve 75 Stereo UC, Dok Pengecas & Link 370 – USD 329 (~RM1,423)
  • Evolve 75 Stereo MS & Link 370 – USD 279 (~RM1,207)
  • Evolve 75 Stereo UC & Link 370 – USD 279 (~RM1,207)
  • Dok Pengecas Evolve 75 – USD 59 (~RM255)
  • Speak 710 – RM1,750

Maklumat lanjut tentang kedua-dua produk ini boleh dirujuk di laman produj Jabra Evolve 75 dan Jabra Speak.

Apa komen anda?