Monster kembali dengan produk audio tanpa Dr Dre

Share Button

Jika anda peminat sistem bunyi premium, nama Monster pasti tidak asing lagi. Monster sebelum ini popular dengan penghasilan kabel audio premium dan fon kepala Beats by Dr Dre, kini kembali semula ke arena sistem bunyi pengguna berjenama sendiri, Monster.

Bersama pengenalan barisan produk audio baru Monster, mereka turut mengumumkan kerjasama dengan Brightstar sebagai pengedar eksklusif di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Kepakaran Brightstar dalam pengedaran pelbagai peranti mudah alih, memberi keyakinan kepada Monster untuk menjalinkan kerjasama.

Terdapat 3 siri produk audio Monster yang baru dilancarkan dan boleh mula dibeli di Malaysia iaitu siri iSport, siri Clarity HD dan speaker Bluetooth. Kesemua produk audio Monster yang tersenarai di bawah, boleh dibeli dari laman e-dagang 11street serta rakan niaga Brightstar di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang produk Monster boleh dirujuk di sini.

Siri iSport adalah fon kepala berwayar dan tanpa wayar (bluetooth) yang direka khas untuk gaya hidup aktif. Ia memiliki cangkuk telinga Securefit Sportclip yang mengekalkan fon kepala di dalam telinga, walaupun dengan banyak pergerakan seperti senaman dan tarian.

Siri Clarity HD pula adalah fon kepala kegunaan biasa yang menawarkan rekaan lebih baik dan selesa, dengan kualiti bunyi dan insulasi tinggi serta membuat panggilan yang jelas.

Pembesar suara (speaker) wayarles Monster dengan teknologi Pure Monster Sound, pasti dapat memenuhi citarasa penggemar sistem bunyi yang mahukan sesuatu yang mudah alih.


iSport Freedom (RM1,199)
Fon kepala atas telinga wayarles (Bluetooth) berinsulasi tinggi, dengan jangka hayat bateri sehingga 24 jam

iSport Victory (RM588)
Fon kepala dalam telinga wayarles (Bluetooth) berinsulasi tinggi, dengan rekaan dwi-bateri untuk jangka hayat sehingga 8 jam

iSport Intensity (RM450)
Fon kepala dalam telinga wayarles (Bluetooth) berinsulasi sederhana, menampilkan kabel pantul cahaya serta jangka hayat bateri sehingga 6 jam

iSport Achieve (RM368)
Fon kepala dalam telinga wayarles (Bluetooth) yang kalis peluh dan insulasi tinggi, dengan jangka hayat bateri sehingga 5 jam

iSport Strive (RM250)
Fon kepala dalam telinga berwayar dengan insulasi sederhana

iSport Achieve (RM188)
Fon kepala dalam telinga berwayar berinsulasi tinggi dan kalis peluh

ClarityHD On-Ear Bluetooth Headphones (RM850)
Fon kepala atas telinga wayarles (Bluetooth) dengan kawalan secara sapuan, dengan jangka hayat bateri sehingga 24 jam

ClarityHD High Performance Wireless Earbuds (RM450)
Fon kepala dalam telinga wayarles (Bluetooth) berinsulasi tinggi dan rekaan bateri ergonomik, untuk jangka hayar bateri melebihi 8 jam

ClarityHD High Performance Earbuds (RM450)
Kualiti bunyi premium pada harga menarik, dengan kabel rata dan tidak mudah terbelit

Blaster Boombox Wireless (RM2,699)
Speaker wayarles (Bluetooth) terbesar dari Monster, sangat lantang dan boleh memenuhi pelbagai ruang yang luas

SuperStar BackFloat (RM899)
Speaker wayarles (Bluetooth) yang kompak, kalis air dan sentiasa terapung di atas air. Sesuai di bawa ke bilik mandi atau digunakan di atas kolam renang.

FireCracker High Definition (RM599)
Speaker wayarles (Bluetooth) kompak dengan lampu suluh terbina bersama, dengan bateri sehingga 7 jam untuk lampu suluh atau 25 jam bagi memainkan lagu.

SuperStar High Definition (RM588)
Speaker wayarles (Bluetooth) kompak yang mudah dibawa di dalam poket atau beg. Dengan mikrofon terbina yang boleh digunakan untuk membuat panggilan.

SuperStar HotShot Portable (RM299)
Speaker wayarles (Bluetooth) paling kecil dari Monster, tetapi dengan bunyi yang sangat lantang.


Apa komen anda?