Liat bangun sahur? Minta tolong ServisHero kejutkan

Share Button

Puasa dah masuk hari kelima, tapi anda masih lagi terlepas sahur gara-gara tak sempat bangun? Tiada orang nak tolong kejutkan? Cuba sahur bersama ServisHero.

Ia bukanlah bermakna anda pergi sahur bersama ServisHero. Sebaliknya laman penyedia servis ini, menyediakan khidmat eksklusif untuk bulan Ramadhan kali ini, dengan mengejutkan orang bangun sahur.

Jika anda mendaftar, ServisHero akan membuat panggilan ke nombor telefon anda jam 5 pagi, setiap hari di bulan puasa ini. Bolehlah jadi pelan B jika penggera di telefon pun tak dapat mengejutkan anda bangun sahur.

Untuk mendaftar, mudah sahaja. Pergi ke laman web ramadan.servishero.com. Kemudian isikan nama, emel dan nombor telefon untuk dikejutkan setiap pagi. Perkhidmatan menngejut sahur ini disediakan dari 27 Mei hingga 25 Jun 2017.

Di samping itu, ServisHero juga menyediakan perkhidmatan pembersihan dengan diskaun RM20, menggunakan kod promosi RAMADAN2017. Ia boleh digunakan sepanjang bulan puasa ini, tetapi terhad di Lembah Klang sahaja. Ringanlah sikit beban nak membersih rumah sebelum raya nanti.

Jangan terlepas sahur lagi dan dapatkan pembantu mengemas rumah nanti, dengan bantuan ServisHero. Layari lamanweb www.servishero.com untuk meneliti lebih banyak perkhidmatan yang disediakan ServisHero.

Apa komen anda?