Lebih 200 Nombor Pelbagai Negara Dalam Satu Kad SIM BuzzMe

Share Button

Enabling Asia Tech Sdn. Bhd. melalui anak syarikat mereka, Mobile 8 Telco Sdn. Bhd., hari ini melancarkan satu produk baru di bawah perkhidmatan Mobile Virtual Network Operator (MVNO) BuzzMe. World SIM Starterpack adalah satu perkhidmatan telekomunikasi yang membolehkan penggunanya kekal berhubung di 200 negara berbekalkan satu SIM saja.

Sering kali pengembara berdepan dengan masalah untuk berhubung dengan Interent sewaktu tiba di negara orang. Kebanyakannya akan terus membeli kad SIM tempatan pada harga yang lebih mahal. Menggunakan moto “One World. One Sim Card”, masalah ini dibenteras melalui model prabayar mereka yang unik.

Uniknya adalah daripada segi ketiadaan cas perayauan. Oleh sebab pengguna akan menerima nombor tempatan, segala panggilan dan SMS adalah mengikut kadar tempatan.

Misalnya, untuk menggunakan BuzzMe di Thailand, terdapat pakej berharga USD11.20 (RM49) yang memberikan 3GB data untuk digunakan selama 7 hari. Lebih menarik, pengguna akan menerima nombor telefon tempatan yang boleh digunakan untuk berhubung.

Harga sekeping World SIM Starter Pack adalah RM99 dan terdapat RM50 di dalam akaun SIM itu untuk digunakan membeli pakej-pakej yang diingini.

Selain World SIM Starter Pack, BuzzMe juga ada sediakan pelan prabayar lain yang mempunyai kelebihan tersendiri. Salah satu servis yang menarik pada BuzzMe adalah Smart Validity. Dengan hanya RM38, nombor anda kekal aktif untuk setahun lagi. Perkhidmatan ini sudah jarang-jarang ditawarkan oleh telco sekarang.

Berminat untuk mendapatkan World SIM Starter Pack? Layari pautan ini.

 

Apa komen anda?