Lazada TV bawa gaya baru membeli-belah online

Share Button

Bagi menarik lebih banyak minat pembeli terutama di musim Ramadhan yang semakin hampir, Lazada Malaysia hari ini melancarkan Lazada TV, sebuah saluran interaktif untuk peniaga memasarkan produk mereka dengan lebih menarik.

Dilabel sebagai saluran perdagangan sosial, Lazada TV akan menemui pengguna di Malaysia pada 19 Mei 2017. Lazada TV akan menyajikan siri video masa nyata merangkumi pelbagai kandungan seperti tip persolekan, resipi Raya dan ulasan teknologi. Antara jenama yang sudah bersedia menyertai Lazada TV adalah Bosch, L’Oréal, Softlan, Tefal dan Unilever.

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Malaysia tergolong dalam 10 negara teratas paling banyak menonton video di internet. Kecenderungan inilah yang melahirkan Lazada TV, ia merapatkan jurang antara jenama dan pengguna, termasuk Lazada sendiri.”

“Berbekalkan kempen Ramadhan kami yang bakal berlangsung, kami berazam untuk terus berubah bagi mewujudkan pengalaman pelbagai saluran untuk para pengguna semasa membeli-belah di Lazada.” tambah Hans.

Lazada membawa kempen Riang Ria Raya dari 19 Mei hingga 30 Jun 2017, bersempena Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi. Pelbagai tawaran dan diskaun sehingga 90% disediakan sepanjang kempen ini. Paling menarik, pelanggan berpeluang memenangi kereta Perodua Axia daripada JBL.

Lazada TV akan boleh ditonton menerusi laman web www.lazada.com.my serta aplikasi mudah alih Lazada Malaysia. Manakala kempen Hari Raya di Lazada boleh disemak di laman Riang Ria Raya Lazada.

Apa komen anda?