Google Maps Paparkan Gambar Simpang Mana Yang Perlu Anda Belok

Share Button

Google Maps nampaknya telah mengemas kini perkhidmatan mereka. Kini, semasa anda bernavigasi, Google Maps boleh memaparkan imej daripada Street View untuk memberitahu lorong mana perlu anda pandu supaya tidak terlepas simpang.

Imej itu adalah pautan langsung daripada laman Street View. Maka, jika anda menekan imej itu, anda boleh melihat gambar 360 darjah lokasi sepatutnya anda menyusur ke kiri mahupun kanan.

Fungsi ini telah diaktifkan sejak awal Mei yang lalu dan boleh digunakan oleh pengguna Android di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Google Maps di iOS masih belum boleh menikmati fungsi ini. Tiada sebarang pengaktifan perlu dilakukan pada pihak pengguna. Mereka cuma perlu menggunakan aplikasi Google Maps yang terkini.

Selain fungsi baru ini, salah satu fungsi menarik Google Maps yang dilancarkan tak lama dulu adalah kebolehan untuk berkongsi lokasi secara masa nyata. Ia amat berguna buat keluarga yang akan menghadiri perjumpaan untuk merancang perjalanan mereka.

Muat turun Google Maps di Android & iOS.

[Sumber: TechCrunch]

Apa komen anda?