[Google I/O 2017] Storan tanpa had Google Photos gunanya untuk dikongsi

Share Button

Album gambar Google Photos diumumkan dengan tiga fungsi utama yang baru dalam majlis Google I/O 2017. Tahun lepas ia diberikan storan tanpa had untuk pengguna Pixel, tahun ini ia menerima lebih banyak fungsi perkongsian.

Pertama ia akan hadir dengan Suggested Sharing, perkongsian pintar yang akan mengingatkan pengguna terhadap gambar yang diambil. Disebabkan banyak gambar diambil bersama rakan tetapi sering lupa untuk dikongsi, membuatkan Google menciptanya.

Google Photos akan menggunakan pengecaman wajah di dalam gambar, sekaligus memadankannya dengan maklumat kenalan pengguna. Jika terdapat persamaan, ia akan memberi notifikasi untuk berkongsi dengan kenalan tersebut.

Bila menggunakannya banyak kamera, gambar yang diambil bersama akan terdapat di peranti berlainan. Dengan fungsi baru Shared Libraries, ia membenarkan beberapa pengguna berkongsi album gambar menerusi storan awan Google.

Contohnya pasangan suami isteri yang sering mengambil gambar anak-anak, Shared Libraries boleh mengecam gambar bersama dan menyimpan secara automatik di dalam folder perkongsian. Gambar-gambar ini akan terdapat di peranti suami dan isteri, tanpa perlu menghantar gambar. Usah risau, Shared Libraries ini boleh ditetapkan jenis perkongsian.

Akhir sekali, Google mengumumkan Photo Books, servis mencetak album gambar terus dari Google Photos. Pengguna boleh memilih sekumpulan gambar, dan Google Photos akan mencadangkan gambar terbaik untuk dimuatkan ke dalam Photo Books.

Buat bayaran dan ia akan dihantar terus kepada pengguna. Menarik untuk mereka yang masih gemar menyimpan gambar fizikal, tetapi ia tidak akan hadir ke Malaysia dalam masa terdekat.

Apa komen anda?