[Google I/O 2017] iPhone terima bantuan Google

Share Button

Pembantu maya Google Assistant, kini sedia berkhidmat di peranti iPhone. Ia adalah salah satu perkara yang diumumkan dalam Google I/O 2017.

Tetapi, terdapat banyak kekangan untuk Google Assistant memberi khidmat seperti Siri di iPhone. Antaranya adalah Google Assistant tidak boleh menggantikan Siri di butang Home.

Kerana halangan API, Google Assistant hanya boleh berfungsi dengan beberapa aplikasi seperti memainkan muzik di Spotify, tetapi tidak boleh menetapkan penggera.

walaupun tiada integrasi mendalam, Assistant boleh memaparkan jawapan seperti yang kelihatan di laman carian Google. Senarai perlawanan sukan, masa penerbangan dan banyak lagi boleh dijawab Assistant.

Google juga menyatakan Assistant akan berfungsi dalam lebih banyak bahasa. Sehingga hujung tahun ini, Assistant akan boleh bertutur dalam bahasa Perancis, Jerman, Jepun, Itali, Korea dan Sepanyol.

Berminat mendapatkan khidmat Assistant di iPhone? Muat turunnya sekarang di Apple Appstore.

Google juga mahu Assistant dimuatkan ke dalam lebih banyak peranti lain terutama IoT. Untuk itu, Google menyediakan Assistant SDK untuk digunakan oleh pembangun ke dalam produk mereka. maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web Google Assistant SDK.

Apa komen anda?