[Google I/O 2017] Google Lens jadikan kamera lebih pintar

Share Button

Kepintaran buatan (AI) adalah salah satu fokus utama Google, di mana mereka memperkenalkan Google Lens pada majlis Google I/O 2017. Lens adalah mesin pencarian gambar yang sangat berkuasa.

Google menerapkan Lens dalam hampir semua servisnya. Ia boleh digunakan semudah dari aplikasi Camera. Hanya halakan lensa kamera ke apa jua objek seperti bangunan dan kedai makan, dan ia akan memaparkan maklumat yang berkaitan. Malah, mengimbas kata laluan WiFi yang kompleks diuruskan mudah dengan Lens.

Ingatkah anda kemampuan Google Translate menterjemah bahasa masa nyata, terus dari kamera? Ia merupakan sebahagian dari kemampuan yang kini juga terdapat pada Lens. Ia boleh mengesan bermacam bentuk bahasa dan diterjemahkan ke bahasa yang diingini sekelip mata.

Google Lens juga boleh beroperasi di dalam album gambar Google Photos. Contohnya dalam percutian yang lepas, anda mengambil terlalu banyak gambar sehingga terlupa nama lokasi yang diambil. Aktifkan Google Lens dan ia boleh mengesan lokasi tersebut menggunakan gambar di dalam Google Photos.

Tidak diketahui bilakah Google Lens akan boleh digunakan orang ramai, tetapi dinyatakan ia akan tiba tidak lama lagi.

Apa komen anda?