Format MP3 Dikuburkan Untuk Beri Laluan Pada Kemajuan

Share Button

MP3 adalah ruji dalam kalangan kita yang gemar mendengan muzik. Ia menjadi piawaian untuk hampir setiap pemain muzik di seluruh dunia kerana kecekapannya mengurangkan saiz fail audio tanpa memberikan impak yang besar terhadap kualiti. Namun, selepas 24 tahun digunakan, pembangun kodek MP3 mengumumkan telah menghentikan pelesenan format itu sejak 23 April yang lalu.

Petikan laman web Fraunhofer Institute for Integrated Circuits IIS

Format MP3 dibangunkan bersama oleh Alcatel-Lucent(BELL LABS) dan Fraunhofer Institute. Sejak dilancarkan dalam tahun 1994, ia digunakan secara meluas kerana keupayaannya mengisi ratusan muzik kedalam cakera padat berbanding format sedia ada.

Lagu “Tom’s Diner” nyanyian Suzanne Vega adalah lagu pertama yang digunakan untuk membangunkan format MP3.

Usah risau, MP3 bukanlah satu-satunya kodek audio di luar sana, malah terdapat kodek yang lebih efisien. Misalnya, AAC dan MPEG-H boleh menyampaikan audio dalam kualiti yang lebih tinggi dalam pakej fail yang lebih rendah berbanding MP3.

Bilakah kali terakhir anda dengar lagu berformat MP3?

[Sumber: Fraunhofer Institute]

Apa komen anda?