Detik paling mencemaskan seorang pemandu Uber

Share Button

Adakah anda salah seorang pemandu Uber? Apakah detik paling mencemaskan pernah anda hadapi?

Bagi seorang pemandu Uber dari Kota Kinabalu, saat yang sangat mendebarkan bagi beliau adalah menyambut kelahiran seorang bayi dalam kenderaan yang beliau gunakan sebagai pemandu Uber.

Fredoline Lunsin, 31, berkata beliau mendapat permintaan servis Uber dari Kompleks Megalong, Penampang. Seorang wanita mengubunginya dan menyatakan mahu ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

Beliau kemudiannya pergi mengambil 3 orang penumpang tersebut, di mana salah seorangnya adalah seorang ibu muda berusia awal 20-an. Kira-kira 6 minit perjalanan, wanita tersebut mengadu sakit perut sebelum menjerit memberitahu kepala bayi dalam kandungannya sudah keluar.

Fredoline yang panik, terus memecut Perodua Viva milik beliau sehingga tiba di hospital. Bagaimanapun, bayi tersebut sudah keluar dari perut ibunya ketiba tiba. Jururawat yang berada berhampuran segera membantu wanita di dalam keretanya.

Menurut Harian Metro, bayi yang baru dilahirkan itu meninggal dunia beberapa hari kemudian kerana masalah pernafasan.

[SUMBER: Harian Metro]

Kesan darah wanita bersalin di dalam kereta pemandu Uber

Apa komen anda?