Datuk Siti dan minatnya dengan vivo V5s

Share Button

[Telefon pakar selfie ini dibawakan kepada anda oleh vivo V5s]

vivo Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon pintar pakar selfie yang baru, vivo V5s. Dalam majlis pelancaran tersebut, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi tampil di atas pentas. Kali ini tidak lagi keseorangan, kerana beliau turut ditemani Joyce Chu, bintang YouTube yang mula dikenali menerusi lagi Malaysia Chabor.

Kedua-dua artis ini sangat kagum dengan kemampuan telefon pintar vivo V5s yang baru. Kamera hadapan 20MP padanya, menjadikan tangkapan swafoto sentiasa sempurna. Bak kata Datuk Siti lagi, dengan teknologi cahaya yang lembut, anda pasti nampak menawan walau di dalam gelap.

Joyce Chu (kiri sekali) bersama Datuk Siti Nurhaliza (kanan sekali)

Malah, tiga pilihan warna yang ditawarkan pada vivo V5s kali ini sangat menarik. Warna hitam matte adalah tambahan baru, di samping warna Emas Merah Jambu yang diminati ramai gadis Malaysia. Tetapi untuk Datuk Siti, warna Emas adalah warna kegemarannya. Sebab itu beliau memilih untuk memiliki vivo V5s berwarna Emas.

Jika anda ingin mengikut jejak langkah Datuk Siti berswafoto, segera dapatkan vivo V5s yang dijual pada harga RM1,299 sahaja. Ia dilengkapi RAM sebesar 4GB, serta storan dalaman seluas 64GB. Tidak perlu risaukan ruang untuk menyimpan gambar-gambar yang ditangkap.

vivo Malaysia juga kini sedang mengadakan cabutan bertuah, untuk pembeli vivo V5s dari 10 Mei hingga 31 Mei 2017. Hadiah utama berupa percutian 4 hari 3 malam ke Maldives untuk 2 orang. Selain itu, terdapat juga hadiah lain seperti TV LED, telefon pintar V5s dan juga set hadiah premium V5s.

Lawati segera rakan niaga serta pengedar vivo V5s di seluruh Malaysia untuk mendapatkannya. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.vivo.my.

Selfie Diva, Dato Stit Nurhaliza message

?Here’s come videos from our Selfie Diva, Dato Siti Nurhaliza and she says she have an important message to deliver to all of you !! Curious to find out what it is about? Then click on the video below to find out !!
#vivoMalaysia #vivotions #V5s #FlytoMaldives #SelfieDiva #DatoSitiNurhaliza

Posted by Vivo Malaysia on Thursday, May 11, 2017

Apa komen anda?