Celcom Yang Pertama Uji Teknologi 5G Di Malaysia

Share Button

Hari ini, satu sejarah terpahat dalam journal telekomunikasi negara kita apabila Celcom Axiata Berhad telah menjalankan ujian telekomunikasi 5G pertama di Malaysia dengan bantuan Ericsson. Bukan itu saja, ujian ini juga adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara yang menggunakan jalur 28GHz.

YB Dato’ Jailani Bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, melihat demonstrasi kepentingan latency yang rendah dalam teknologi wayarles

Antara dapatan yang berjaya diperoleh melalui ujian ini adalah throughput sehingga 17Gbps dan latency serendah 5ms. Beberapa aplikasi 5G juga dipamerkan pasa dipamerkan pasa hari ujian seperti mengawal robot, reality maya, Internet of Things (IoT) dan penstriman kandungan 4K.

Semua ini dimungkinkan hasil MoU antara Celcom Axiata Berhad dengan Ericsson di Barcelona Februari lalu. Berbanding teknologi 4G masa ini, 5G menyediakan jalur data lebih 100 kali lebih luas dan mampu memberikan latency lebih rendah. Maka, teknologi seperti kereta tanpa pemandu adalah antara lapangan yang paling menerima faedah daripada 5G.

Apabila ditanya tentang bilakah semua ini boleh dinikmati pengguna biasa, Ericsson memaklumkan bahawa piawaian 5G masih sedang dibangunkan dan masih tiada pengkomersialan dijalankan. Pihak Ericcson menjangkakan ia akan mula dikormesialkan menjelang 2020. Untuk pengguna biasa seperti kita, jangkakan pengaktifan 5G sekitar waktu itu.

Apa komen anda?