Berseronok tanpa had dengan U Mobile P78

Share Button

U Mobile sekali lagi menaikkan standard pelan pascabayar di Malaysia, dengan pelancaran Hero P78. Ia adalah pelan data tanpa had kuota, yang turut membenarkan perkongsian data secara tethering.

Walaupun ia tiada had kuota untuk data, tetapi kelajuannya dihadkan ke 5Mbps sahaja. Tetapi ia membenarkan tethering dengan kuota khas 5GB sebulan. Ia merupakan jawapan U Mobile kepada pelan tanpa had webe dan juga Digi Postpaid Infinite.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian, sim kad pelan Hero P78 hanya boleh digunakan di peranti pintar. Ia tidak boleh berfungsi jika dimasukkan ke dalam peranti MiFi. Perkongsian perlu dibuat menerusi fungsi WiFi Hotspot di peranti pintar.

Seperti pelan pascabayar U Mobile yang lain, Hero P78 dibekalkan Call-Onz, Video-Onz, Music-Onz, App-Onz dan penggunaan Waze tanpa had. Malah ia juga hadir bersama pakej baru Roam-Onz, membenarkan perayauan data di 12 negara tanpa caj tambahan. 12 negara & rakan telekomunikasi tersebut adalah:

1. Australia – Optus
2. Bangladesh – Banglalink
3. Filipina – Smart
4. Hong Kong – HKT
5. India – Aircel/Reliance
6. Indonesia – Indosat Ooredoo
7. Kemboja – Cellcard
8. Korea Selatan – SK Telecom / KTF
9. Laos – Beeline
10. Singapura – Starhub
11. Taiwan – Taiwan Mobile
12. Thailand – True Move

Roam-Onz menggantikan Data Backpack. Berbanding menggunakan kuota data sedia ada, Roam-Onz menyediakan kuota tambahan. Sebanyak 5GB data tambahan untuk pelan P78, P70, i90, UD90 dan U Premium. Manakala 8GB data tambahan untuk pelan P98, i130, UD130, dan U Platinum. Pelan Roam-Onz ini ditawarkan sehingga 31 Disember 2017.

Pelan pascabayar U Mobile Hero P78 boleh mula dilanggan hari ini, sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Pendaftaran boleh dibuat menerusi pengedar, pusat servis atau dalam talian di www.u.com.my/store. Maklumat lanjut tentang pelan Hero P78 boleh dirujuk di laman Pascabayar U Mobile.

Apa komen anda?