Acer Predator 21 X Tak Kenal Erti Wasatiyah

Share Button

Tiada istilah wasatiyah dalam Predator 21 x, raja laptop gaming terbaru daripada Acer ini. Segalanya memang berada di kelas paling atas, daripada CPU hinggalah ke papan kekunci. Dengan harga jualan RM39,999 laptop Predator 21 X ini bukan untuk pengguna Wasatiyah yang dicanang Perdana Menteri.

Pertama sekali, skrin lengkung 21 incinya adalah yang paling melengkung dalam pasaran setakat ini untuk berikan pengalaman bermain yang tiada tandingan. Beresolusi WFHD dengan nisbah paparan 21:9, ia memberikan sudat pandang yang lebih luas kepada pemain.

Kuasa pemprosesnya? Sekeping cip i7 yang boleh di-overclock bergandingan pula dengan dua cip grafik GTX 1080 dalam konfigurasi SLI membolehkan anda memainkan apa saja permainaan pada tetapan tertinggi.

Papan kekuncinya daripada jenis mekanikal dengan kekunci Cherry MX Brown. Pengalaman bermain pastinya mengujakan kerana hampir setiap sudut laptop ini diberikan lampu RGB yang boleh diprogramkan mengikut kesukaan.

Hanya 300 unit sahaja laptop ini dihasilkan di seluruh dunia, dan hanya ada sebuah Predator 21 x berada di Malaysia setakat ini. Jika anda berminat untuk mengalaminya, berkunjunglah ruang pameran Acer Predator di IOI City Mall sehingga Ahad, 21 Mei ini.

 

Apa komen anda?