WD Purple 10TB sedia merakam UltraHD 4K tanpa henti

Share Button

Demi memenuhi permintaan storan yang kian meningkat, WD kini memperkenalkan cakera keras WD Purple 10TB HDD, yang direka khas untuk penggunaan pengawasan video. Dengan tibanya produk yang dilengkapi rakaman Ultra HD 4K beresolusi tinggi di masa akan datang, ia akan memerlukan ruang storan yang lebih besar.

Storan WD Purple 10TB HDD dioptimasikan untuk kegunaan sistem pengawasan video 24×7, dan sehingga 64 kamera definisi tinggi (HD) di rumah ataupun premis perniagaan. WD Purple menawarkan penggunaan tenaga yang rendah, serta teknologi eksklusif WD seperti AllFrame 4K, HelioSeal, dan sokongan Sistem Pengawasan Berskala.

Cakera keras WD Purple ini serasi digunakan bersama pelbagai jenis casis dan cipset terkemuka di dunia. Ia dapat memenuhi kehendak perakam video digital (DVR) dan perakam video rangkaian (NVR), yang perlu merakam video secara berterusan.

WD Purple 10TB ini menambah lagi pilihan yang sedia ada di dalam keluarga storan WD yang pelbagai, dari pengguna di rumah sehingga kepada perniagaan serta keperluan storan seperti komputer pelayan dan storan di awan.

Bagi yang berminat, cakera keras WD Purple 10TB HDD ini akan mula dijual di Malaysia pada penghujung bulan April ini. Ia datang bersama jaminan selama tiga-tahun. Harganya pula adalah RM2,099 (model WD100PURZ 3.5-inci).

Maklumat lanjut tentang cakera keras ini boleh didapati di laman web WD Purple Surveillance Hard Drive.

Apa komen anda?