Ura-ura harga rasmi Nokia 3310 dalam Ringgit Malaysia

Share Button

Siapa tak sabar nak beli telefon Nokia yang baru, atau yang lama? Hari ini, ada ura-ura mengatakan dua telefon baru Nokia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Telefon berikut adalah Nokia 6 dan Nokia 3310 versi 2017 yang digilai ramai.

Maklumat ini didedahkan oleh laman web Mdroid.my yang menyatakan, Harga Nokia 6 di Malaysia kelak adalah RM899. Satu lagi versi yang lebih hebat juga akan tiba bersama, berkemungkinan besar adalah Nokia 6R yang berharga RM1,299.

Nokia 6 adalah telefon pintar berasaskan Android yang dikuasakan pemproses Snapdragon 430, RAM sebanyak 3GB dan storan seluas 32GB. Skrinnya berukuran 5.5-inci HD Penuh dan memiliki kamera belakang 16MP serta kamera depan 8MP. Spesifikasi yang sama untuk Nokia 6R, tetapi RAM dan storan ditambah menjadi 4GB dan 64GB.

Sementara itu, Nokia 3310 yang dijelmakan semula tahun ini, turut dikatakan akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Telefon yang tidak tergolong dalam kategori pintar ini, mungkin berharga hanya RM189 sahaja. Berbaloi tak untuk digunakan sebagai alat perlindungan?

Tiada lagi khabar tentang dua lagi telefon pintar, iaitu Nokia 5 dan Nokia 3. Harapnya ia akan timbul dengan rasminya tidak lama lagi.

Dengan harga yang dinyatakan di atas, berbaloikah untuk anda memiliki telefon Nokia sekali lagi?

[SUMBER: Mdroid]

Apa komen anda?