Tukar kad sim Maxis boleh menang hadiah berjumlah RM1 juta

Share Button

Untuk menggalakkan penggunaan rangkaian 4G di kalangan pelanggan, Maxis hari ini melancarkan kempen RM1 juta Tukar SIM 3G. Ganjaran berjumlah RM1 juta menanti pelanggan Maxis & Hotlink yang menaik taraf kad sim 3G mereka ke kad sim 4G.

Kempen ini akan bermula pada 25 April 2017, dalam 3 pusingan. Pelanggan yang berjaya menukar SIM ke 4G, secara automatik layak menyertai kempen ini. Lebih awal bertukar SIM, lebih banyak peluang menjadi pemenang.

Pusingan pertama adalah pada 3 Mei, diikuti pusingan kedua pada 16 Mei dan pusingan ketiga pada 21 Mei 2017. Pelanggan akan layak untuk mengambil bahagian dalam ketiga-tiga pusingan, selagi mereka belum menang. Jadi, lekas bertukar kad sim anda, jika ia masih lagi kad sim 3G.

Pelanggan boleh menyemak jika mereka sedang menggunakan kad SIM Maxis 3G atau 4G, dengan mendail *100# atau melawat Pusat Servis Maxis atau rakan peniaga terdekat.

Berikut adalah cara-cara pelanggan boleh mengambil bahagian dalam kempen ini:

  1. Bawa kad SIM 3G ke mana-mana Pusat Maxis/peniaga Hotlink yang mengambil bahagian untuk pertukaran SIM.
  2. Bawa juga Kad Pengenalan atau Pasport yang sah, untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilik sah kad SIM tersebut.
  3. Setelah pertukaran SIM berjaya diselesaikan, mereka akan secara automatik layak untuk menyertai kempen ini

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen RM1 juta Tukar SIM 3G, layari laman web www.maxis.com.my/4gnetwork

Apa komen anda?