TheSkop Lakukan Perbandingan Kamera Epik, 6 Telefon Pintar Flagship!

Intro

Share Button

Samsung Galaxy S8 adalah satu topik hangat dalam dunia telefon masa ini. Daripada segi spesifikasi, ia memang layak dipanggil kamera teragung 2017. Tapi bahagian kamera Galaxy S8 nampaknya tidak menerima sebarang pembaharuan jika dibandingkan dengan kamera yang ada pada Galaxy S7. Jadi kami melakukan satu siri ujian kamera untuk membandingkan kamera Galaxy S8 dengan kamera-kamera pada telefon yang dilancarkan pada tahun 2017 kecuali iPhone 7 Plus yang dilancarkan pada 2016. Kamera yang menyertai ujian kamera epik ini adalah:

  1. Samsung Galaxy S8
  2. Huawei P10 Plus
  3. Apple iPhone 7 Plus
  4. HTC U Ultra
  5. Sony Xperia XZs
  6. Asus ZenFone 3 Zoom

Ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Penghasilan warna
  2. Macro
  3. Zum
  4. Selfie
  5. Dinamik Range

Di atas kertas, semua kamera nampaknya agak setara antara satu sama lain. Misalnya empat daripada pesaing (U Ultra, Xperia XZs, Galaxy S8, dan P10 Plus) menggunakan sensor sama besar manakala sensor paling kecil, 1/3.6″ digunakan oleh iPhone 7 Plus. Xperia XZs memiliki sensor berbilangan piksel tertinggi iaitu 19MP. Walaupun P10 Plus memiliki sensor 20MP, ia hanyalah sensor monokrom dan hanya mampu melihat hitam dan putih.

Apertur memainkan peranan besar dalam keupayaan sesuatu kamera beroperasi dalam keadaan cahaya yang malap. Bukaan iris yang besar membolehkan lebih banyak cahaya sampai ke permukaan sensor, seterusnya menghasilkan gambar yang cerah. Secara teori, lebih rendah nombor apertur, lebih besar bukaan aperturnya. ZenFone 3 Zoom dan Galaxy S8 masing-masing mempunyai apertur F1.7 manakala lensa telephoto pada iPhone 7 Plus memiliki apertur F2.8.

Jarak fokal menentukan sudut pandang sesuatu kamera. Lebih pendek jarak fokal, lebih luas sudut pandangnya. Xperia XZs dan ZenFone 3 Zoom mempunyai jarak fokal terpendek iaitu 25mm. iPhone 7 Plus dan ZenFone 3 Zoom mempunyai lensa telefoto berjarak fokal 59mm. Ia amat sesuai untuk gambar bergenre potret.

Autofokus pula memainkan peranan semasa membidik titik fokus. Pada kamera telefon, autofokus pengesanan fasa (PDAF) amat terkenal kerana tidak memerlukan perkakasan tambahan yang banyak bagi meminumumkan penggunaan ruang. Tetapi, ada pengeluar yang juga menggunakan laser untuk memburu fokus.

Penstabil imej akan meminimumkan kesan gegearan dariapda tangan semasa mengambil gambar tanpa menggunakan tripod. Semua telefon dalam ujian ini menggunakan penstabil imej optikal (OIS) kecuali Xperia XZs yang menggunakan EIS. Kelemahan EIS adalah ia menggunakan kuasa CPU yang banyak serta hasil stabilnya terdedah kepada kesan jeli (jello effect).

Halaman seterusnya: Ujian Kamera & Rumusan

Apa komen anda?