Test Produk – Mi Box Peranti Yang Perlu Ada Dalam Ruang Tamu

Mi Box Untuk Bekerja & Kesimpulan

Share Button

Sudahlah cemerlang dalam berhibur, Mi Box TV juga tidak kurang hebatnya dalam lapangan produktiviti. Lihat saja pada bilangan aplikasi dalam kategori produktiviti di Play Store. Polaris Office, Office Suite, malahan aplikasi office daripada Microsoft turut ada. Anggap saja TV anda berubah menjadi komputer berskrin besar untuk anda melakukan pekerjaan.

Terus mulakan kerja selepas bermain

Disebabkan Android TV dan telefon Android datang daripada sistem operasi yang sama, segala apa yang anda simpan, tulis, taip, dan tangkap pada sebelah siangnya menggunakan telefon, anda boleh mengaksesnya di ruang tamu setibanya anda di rumah pada sebelah malam.

Contohnya seorang penulis novel yang sentiasa berada di luar mencari inspirasi dan terus menaipnya di dalam telefon sebelum inspirasi itu hilang ditiup angin. Pada sebelah malamnya, dia boleh memperhalusi idea itu di TV sambil menikmati minuman panas.

Sunting gambar sebelum muat naik ke Instagram

Pelajar universiti juga berpotensi menerima manfaat Android TV. Tugasan berkumpulan dipermudah dengan aplikasi seperti Google Doc. Tambah menarik, semua ahli kumpulan boleh menyunting dokumen yang sama, secara masa nyata. Maknanya, anda boleh melihat rakan anda menaip dan rakan anda melihat anda menaip sambil memperbetul maklumat masing-masing.

Jurugambar jalanan yang turun ke lorong-lorong mengambil gambar juga boleh memproses imej itu terus di Android TV menggunakan Snapseed misalnya. Jika dia bekerja dalam kumpulan dan perlu berkongsi fail-fail secara masa nyata, gunakan saja perkhidmatan storan awan seperti Google Drive dan terus berkongsi sumber dengan ahli-ahli yang lain.

Usahawan SOHO yang menggunakan telefon untuk mengakses emel juga tentu lebih selesa membalas emel menggunakan kekunci fizikal Bluetooth yang disambung pada Android TV. Urusan seperti memenuhi tempahan, melihat kalendar, dan membalas pertanyaan klien sudah tentu menjadi lebih cekap dan pantas.

Buat kira-kira gunakan perisian spreadsheet

Kesimpulan

Pada RM349, memang susah untuk tidak menyarankan anda memiliki sebuah Mi Box di ruang tamu. Berbanding terus membeli sebuah TV yang mempunyai Android TV terbina, Mi Box lebih berbaloi kerana ia boleh dipindahkan ke TV yang baru sekiranya anda bercadang untuk menaik taraf set TV anda.

Penggunaa suara untuk melakukan pencarian memang membantu pengguna lebih-lebih lagi jika tiada papan kekunci fizikal bersama anda. Cuma kadang kala carian agak tersasar mungkin disebabkan pelat bahasa Inggeris kita yang terlalu atas.

Google Cast, salah satu ciri yang ada pada Mi Box turut ada pada Chromecast yang dijual pada RM189. Tapi anda membayar RM189 hanya untuk satu fungsi, walhal dengan tambahan RM160, anda beroleh sebuah ekosistem Android yang lebih lengkap berbanding Chromecast.

Xiaomi Mi Box ada dijual secara rasmi di laman Lazada.

Trackbacks

  1. […] memang sebuah peranti yang wajib ada di ruang tamu anda, seperti yang kami sarankan dalam artikel Test Produk tempoh hari. Ia dijual pada RM349 di Lazada. Terkini, Digi menawarkan Mi Box menerusi pelan […]

Apa komen anda?