Test Produk — HTC U Ultra, Kawan Baik Kain Pengelap

Intro

Share Button

Pendahuluan

HTC memang sinonim dengan telefon berkualiti tinggi. Jika anda membeli sebuah flagship HTC, sudah tentu anda pastinya menerima telefon yang mantap daripada segala segi. Lihat sajalah pada HTC 10 yang berbadan besi, kamera yang memintas Galaxy S7 di arena DxOMark, serta sistem audio yang cemerlang. Tahun ini, siri HTC U membukai tirai 2017 untuk HTC.

Yang singgah ke pejabat kami adalah saudara besarnya iaitu HTC U Ultra. HTC U Ultra adalah sebuah telefon berspesifikasi flagship. Dengan Snapdragon 821 dan 4GB RAM, ia adalah sebuah peranti flagship yang lengkap.

Dua ciri utama yang ada pada HTC U Ultra ini adalah kehadiran paparan sekunder yang kecil khas untuk memaparkan notifikasi. Kemudian, port audio telah dibuang dan terpaksa dialirkan melalui port USB-C ataupun secara wayarles.

Antara pencabar terdekat telefon ini adalah seperti OnePlus 3T, Google Pixel, LG G6, Xiaomi Mi 5s. Bagaimanakah prestasi HTC U Ultra dalam kalangan flagship yang lain? Teruskan membaca.

KELEBIHAN
+ Skrin sekunder yang memudahkan notifikasi dipaparkan
+ HTC USonic yang menambah baik pengalaman audio
+HTC BoomSound yang menghasilkan bass lunak

KEKURANGAN
– Spesifikasi flagship tahun 2016
– Bateri terhad berikan tempoha penggunaan singkat
– Tiada port audio 3.5mm

Halaman Seterusnya: Rekaan & Pengalaman Mengguna

Trackbacks

  1. […] papan utama, anda akan menemui cip Snapdragon 821 dan RAM 4BG. Baca pengalaman TheSkop memandu uji telefon ini untuk maklumat […]

  2. […] HTC setakat ini adalah HTC U Ultra. Telefon itu  menerima kritikan hebat daripada pengguna-pengguna seluruh dunia kerana tidak […]

Apa komen anda?