Test Produk – Galaxy C9 Pro, besar bergaya kurang bertenaga

Intro

Share Button

KELEBIHAN

+ Skrin sangat besar 6.0-inci
+ 3 slot kad berasingan untuk dua kad sim dan mikroSD
+ Badan besi dan ringan

KEKURANGAN

– Tidak menyokong Samsung Pay dan kalis air IP68
– Pembesar suara stereo kurang lantang
– Kamera kurang berkuasa dalam kelas harganya

Pengenalan

Dicipta asalnya untuk negara China, Galaxy C9 Pro kini telah keluar dari China memasuki beberapa pasaran negara seperti Malaysia. Ia adalah telefon pintar dari Samsung yang pertama dilengkapi RAM sebesar 6GB.

Samsung Galaxy C9 Pro telah mula dijual di Malaysia pada Mac lepas, dengan harga RM2,299. Ia tergolong dalam kelas phablet, dengan skrin mega berukuran 6.0-inci, resolusi HD Penuh dan paparan Super AMOLED. Dari spesifikasi perkakasnya, ia merupakan peranti kelas pertengahan.

Adakah RAM yang lebih besar dari kelas utama, mampu menjadikan Galaxy C9 Pro setaraf siri Galaxy S atau Galaxy Note? Mari kita mengkajinya.

 

[MUKA 2: Rekabentuk, Prestasi dan Kamera]

Apa komen anda?