Rebat RM200 untuk tukar telefon lama kepada Galaxy J5 & J7 Prime

Share Button

Ini memang tawaran termurah dari Samsung, apatah lagi jika anda ingin menukar telefon lama yang tidak lagi digunakan. Samsung kini menawarkan rebat RM200 untuk pembelian Galaxy J5 Prime dan J7 Prime, dengan menukarkan telefon lama atau terpakai.

Tidak kira jenama atau model mahupun kesempurnaan, asalkan ia boleh hidup dan digunakan, maka ia hampir pasti diluluskan untuk rebat RM200. Bawa sahaja telefon lama yang memenuhi syarat ini ke Samsung Experience Store atau pengedar Samsung yang menyertai, dan anda berpeluang membeli Galaxy J5 Prime pada harga hanya RM699 (harga asal RM899) atau Galaxy J7 Prime pada RM999 (harga asal RM1199).

Tawaran ini dijalankan bermula dari 14 April hingga 21 Mei 2017. Dengan ini, anda berpeluang mendapatkan telefon pintar keluaran Samsung pada harga lebih rendah dari biasa, sambil memastikan telefon lama anda tidak terbiar begitu saja.

Nama prime pada Galaxy J5 Prime dan J7 Prime menandakan ia peranti yang lebih dari biasa. Walaupun siri J pada Samsung Galaxy adalah siri termurah, tanda Prime memastikan ia membawa rekaan dan fungsi premium.

Kedua-dua telefon ini memiliki badan diperbuat dari besi, dengan rekaan kamera belakang tiada bonjol. Ia juga mempunyai fungsi pengimbas cap jari di butang Home. Dua kad sim bersama kad mikroSD sedia dimuatkan ke dalamnya.

Galaxy J5 Prime memiliki skrin HD 5.0-inci, pemproses 4-teras 1.4GHz, 2GB RAM serta 16GB storan. Baterinya pula sebesar 2,400mAh. Kamera belakangnya 13MP f/1.9 bersama autofokus dan LED Flash, manakala kamera depan 5MP f/2.2 berfokus tetap.

Galaxy J7 Prime lebih berkuasa, memiliki skrin HD Penuh 5.5-inci, pemproses 8-teras 1.6GHz, 3GB RAM serta 32GB storan. Baterinya pula sebesar 3,300mAh. Kamera belakangnya 13MP f/1.9 bersama autofokus dan LED Flash, manakala kamera depan 8MP f/1.9 berfokus tetap.

Memang menarik tawaran Samsung Galaxy J5 Prime berharga RM699 dan Galaxy J7 Prime berharga RM999 ini. Tetapi, pastikan anda membawa bersama telefon lama yang tidak lagi digunakan, untuk mendapat rebat RM200 ini. Jika tiada, mungkin boleh bertanyakan pada rakan atau keluarga.

Sebelum menghantar telefon lama ini sebagai tebusan, keluarkan semua kad sim dan mikroSD serta buang semua data di dalam telefon. Lebih baik lagi, reset semula ke tetapan kilang. Kerana Samsung tidak bertanggungjawab terhadap apa jua data yang tertinggal di telefon lama ini.

Kalau dah faham, lekas ke stor Samsung yang mengambil bahagian (semak di sini), sebelum 21 Mei 2017. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman promosi Rebat RM200 Galaxy J5 & J7 Prime.

Trackbacks

  1. […] juga melanjutkan promosi tukar beli Galaxy J Prime yang dijalankan April lepas. Rebat RM200 diberikan untuk pembelian Galaxy J7 Prime (RM1,199) atau […]

Apa komen anda?