OPPO A57 percuma dengan Celcom FIRST

Share Button

Mahu mendapatkan telefon pintar terbaru dari OPPO secara percuma? Pakar selfie cilik terbaru, OPPO A57 yang baru sahaja diumumkan akan tiba oleh OPPO Malaysia, kini ditawarkan secara PERCUMA oleh Celcom.

Celcom mengumumkan penawaran terbaru ini, boleh mula didapati di Blue Cube seluruh Malaysia dan rakan niaga Celcom terpilih. Celcom juga akan menjadi rakan eksklusif OPPO, menawarkan OPPO A57 selama 2 minggu bermula dari 15 April 2017. Nak beli OPPO A57 cepat, hanya ada di Celcom. Dua warna OPPO A57 boleh dipilih, antara Emas dan Emas Ros.

OPPO A57 akan dijual di Malaysia pada harga RM1,098 termasuk GST. Dengan kontrak selama 24 bulan bersama Pelan FIRST Platinum, OPPO A57 boleh dimiliki secara PERCUMA. Pelan FIRST Gold Plus pula menawarkan OPPO A57 pada harga RM399.

Pelan FIRST Platinum dengan caj RM150 sebulan, memberikan pengguna 30GB data sepanjang masa, 30GB data hujung minggu, serta panggilan, SMS, WhatsApp dan WeChat tanpa had. Pelan FIRST Gold Plus pula datang dengan 20GB data sepanjang masa, 20GB data hujung minggu, bersama panggilan, WhatsApp dan WeChat tanpa had. SMS pula dikenakan 20sen setiap satu.

OPPO A57 adalah telefon terbaru dari OPPO untuk pasaran Malaysia. Ia menawarkan selfie yang setanding dengan siri OPPO F1 sebelum ini, menggunakan kamera depan berkuasa 16MP f/2.0 dan fungsi Beautify 4.0 untuk tangkapan swafoto sempurna. Kamera belakang pula 13MP f/2.2 dengan autofokus PDAF.

Skrin OPPO A57 sebesar 5.2-inci, menjadikannya kamera pakar selfie OPPO paling kecil. Ia memiliki pemproses Snapdragon 435, 3GB RAM, 32GB storan dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Baterinya sebesar 2,900mAh dan ia menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama antaramuka OPPO ColorOS 3.0.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Celcom ini, layari laman web www.celcom.com.my. Info tentang OPPO pula boleh ditemui di laman web www.oppo.com/my.

Trackbacks

  1. […] 2017. Ia akan boleh didapati di Stor Konsep OPPO di seluruh Malaysia. Atau, dapatkannya hari ini di Celcom Blue Cube, kini menjual OPPO A57 secara eksklusif dan menawarkannya percuma bersama kontrak pelan pascabayar […]

Apa komen anda?