OPPO A57 bangkitkan keinginan swafoto tanpa henti

Share Button

Bagi peminat selfie di Malaysia, OPPO hari ini mengumumkan model terbaru mereka, OPPO A57 boleh mula dibuat tempahan sekarang. OPPO A57 akan dijual di Malaysia dengan harga RM1,098.

Tempahan OPPO A57 dibuka bermula hari ini, 20 April sehingga 26 April 2017. OPPO membuka tempahan awal ini dengan menyediakan hadiah istimewa percuma, berupa selfie stick serta sebuah hadiah misteri. OPPO A57 datang dalam dua pilihan warna, Emas dan Emas Ros.

Bagi yang berminat, tempahan OPPO A57 boleh dibuat di Stor Online OPPO Malaysia, serta rakan e-dagang OPPO iaitu Lazada, 11street dan Shopee. Semua tempahan awal ini, memerlukan bayaran dibuat sepenuhnya.

Jika tidak mahu membuat tempahan awal, jualan di kedai akan bermula pada 27 April 2017. Ia akan boleh didapati di Stor Konsep OPPO di seluruh Malaysia. Atau, dapatkannya hari ini di Celcom Blue Cube, kini menjual OPPO A57 secara eksklusif dan menawarkannya percuma bersama kontrak pelan pascabayar mereka.

OPPO A57 adalah telefon terbaru dari OPPO untuk pasaran Malaysia. Ia menawarkan kualiti selfie yang setanding dengan siri OPPO F1 sebelum ini, menggunakan kamera depan berkuasa 16MP f/2.0 dan fungsi Beautify 4.0 untuk tangkapan swafoto sempurna. Kamera belakang pula 13MP f/2.2 dengan autofokus PDAF.

Skrin OPPO A57 sebesar 5.2-inci, menjadikannya kamera pakar selfie OPPO paling kecil. Ia memiliki pemproses Snapdragon 435, 3GB RAM, 32GB storan dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Baterinya sebesar 2,900mAh dan ia menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama antaramuka OPPO ColorOS 3.0.

Berswafoto tanpa henti dengan OPPO A57. Lebih banyak Info tentang OPPO pula boleh ditemui di laman produk OPPO A57.

Apa komen anda?