Mi Malaysia tepati janji Redmi Note 4 64GB

Share Button

Baru sahaja semalam Mi Malaysia umum akan menjual Redmi 4X esok. Hari ini mereka umum satu lagi berita baik. Redmi Note 4 yang sudah pun dijual di Malaysia, akan datang dalam konfigurasi yang lebih hebat minggu depan.

Bulan lepas, Redmi Note 4 versi 3GB RAM dan 32GB telah dijual berharga RM799. Minggu depan, Redmi Note 4 versi 4GB RAM dan 64GB storan akan mula dijual di Malaysia bermula 29 April 2017, dengan harga RM949. RM150 perbezaan, memberi tambahan RAM dan storan berganda.

Perkara ini diumumkan menerusi Facebook Mi Malaysia. Penjualan Redmi Note 4 yang lebih hebat ini akan bermula pada 29 April 2017. Tetapi maklumat lanjut tentang tempat boleh dibeli masih belum diberitau. Jika sama seperti sebelum ini, ia akan dijual di Stor Online Mi Malaysia di Lazada, dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

Redmi Note 4 adalah telefon pintar kelas pertengahan paling berbaloi untuk dimiliki. Ia dikuasakan pemproses Snadragon 625 8-teras 14nm yang sangat jimat tenaga. Bateri yang dipasang di dalamnya sangat besar, berkapasiti 4,100mAh.

Kameranya dilengkapi sensor 13MP f/2.0 di belakang, bersama 5MP f/2.0 di depan. Ia menjalankan sistem operasi MIUI 8, berasaskan Android 6.0 Marshmallow. Tiga warna Redmi Note 4 ditawarkan, iaitu Hitam, Emas dan Kelabu.

Dengan pengumuman ini, Redmi Note 4 versi 4GB RAM ini dilihat satu tawaran yang sangat menarik. Bukan senang nak jumpa peranti dengan storan 64GB di bawah RM1,000. Kalau nak kenal lebih lanjut dengan telefon ini, rujuk laporan kami dalam Test Produk – Redmi Note 4, Lahir Semula Lebih Perkasa.

Comments

Apa komen anda?