Mengaum bersama telefon pintar eksklusif OLA JDT FC

Share Button

Peminat bola sepak dari selatan tanahair kini boleh lebih berbangga dengan pasukan bola sepak mereka, apabila Southern Tigers SDN BHD memperkenalkan OLA, telefon pintar rasmi pertama bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Telefon pintar OLA JDT FC ini dihasilkan dengan kerjasama pengeluar telefon EXMobile.

Pelancaran telefon pintar ini disempurnakan bersama oleh Romain Biesse, Pengarah Pemasaran Kelab Bolasepak JDT dan Leng Yap dari EXMobile. Telefon istimewa ini hadir dalam dua pilihan warna, Black Matte dan White Rose Gold. Ia dijual dengan harga RM599.

Telefon pintar OLA JDT FC memiliki skrin HD sebesar 5.0-inci, dikuasakan pemproses Mediatek MT6737 4-teras bersama 2GB RAM. Storan dalaman pula 16GB dan menyokong tambahan storan melalui kad mikroSD sehingga 32GB.

Kamera belakang OLA JDT FC memiliki sensor 8.0MP manakala kamera depan 5.0MP. Ia turut memiliki fungsi pengimbas capjari, membuka kunci skrin sepantas 0.2 saat. Selain itu, ia menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, dengan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Kepada peminat JDT, bolehlah mendapatkan telefon pintar ini menerusi cawangan EXMobile di seluruh Malaysia bermula 15 April 2017. Ia juga akan dijual di Stadium Larkin, setiap kali adanya perlawanan JDT. Telefon OLA JDT FC juga akan dijual di Stor Online Rasmi Johor Southern Tiger tidak lama lagi.

[SUMBER: Johor Southern Tiger]

Apa komen anda?