Malaysia Airlines Jadi Penyedia Pertama Pantau Pesawat Guna Satelit

Share Button

Malaysia Airlines telah menandatangani satu perjanjian dengan syarikat luar, Aireon LLC, SITAONAIR, dan FlightAware LLC untuk membolehkan mereka memantau pesawat mereka walaupun terbang merentasi kutub bumi.

Ia direalisasikan dengan satu rangkaian satelit yang dibangunkan berasma oleh pihak Aireon dan Iridium Communication Inc. yang dijangka siap menjelang 2018. Buat masa ini, apa-apa pesawat yang terbang di udara sudahpun mempunyai peranti ADS-B untuk memancarkan lokasi mereka ke stesen penerima di darat mahupun satelit.

Sama ada ia akan mempertingkat tahap keselamatan dalam industri aeroangkasa tidak pula diketahui. Hal ini kerana, kehilangan pesawat MH370 pada 2014 bukanlah disebabkan masalah teknikal, tetapi dipercayai berpunca daripada alat penjejak dimatikan secara sengaja.

[Sumber: Bloomberg]

Apa komen anda?