Mahu nikmati telefon pintar Android tanpa bloatware yang memualkan? Dapatkan Moto M

Share Button

[Rasa sejati Android ini dibawakan kepada anda oleh Moto M]

Siapa yang tak kenal Motorola, peneraju teknologi terkemuka di dunia? Motorola merupakan pelopor telefon mudah alih, dan pakar penghasilan telefon pintar. Malah di zaman masa kini, produk Motorola masih diminati ramai pemuda-pemudi.

Perkara yang sama dapat dilihat dalam telefon terbarunya, Moto M. Gaya dan rupa luarnya penuh keunggulan, terima kasih kepada material besi unibodi yang digunakan. Di samping bentuk melengkung yang bukan sahaja asyik dilihat, Moto M ini juga selesa digenggam. Lagipun, siapa yang masih menggunakan telefon pintar yang berbentuk rata?

Moto M bukan sahaja cantik di luar, malah cantik di dalam juga. Keunggulan rupa luarnya setanding dengan keunggulan kuasa dalamannya. Apakan tidak, pemproses 8-teras berkelajuan 2.2GHz, bersama RAM bersaiz 4GB yang besar, dipasang ke dalamnya. Ini ditambah lagi dengan storan 32GB yang sangat luas, dan sedia menerima kad mikroSD untuk membesarkan lagi ruang penyimpanan.

Mungkin ada yang melihat ia masih belum cukup menarik lagi. Tunggu sehingga anda mendengar bunyi dari pembesar suaranya. Tidak dinafikan lagi, sistem Dolby Atmos adalah kuasa bunyi terbaik dalam Moto M. Bersama dengan bunyi sekeliling 3-dimensi, ia pasti dapat berikan anda tontonan video dan alunan muzik yang mengasyikkan.

Ruangan kamera tak perlu dipertikaikan. Kuasa 16MP bagi kamera belakang, dan 8MP buat swafoto, pasti menghasilkan gambar yang menawan hati. Apatah lagi bila ditonton pada skrin HD penuh sebesar 5.5-inci, ia sangat memuaskan.

Moto M juga boleh dibawa bersiar-siar dalam renyai hujan. Perlindungan selaput-nano yang dipasang padanya dapat mencegah tumpahan dan percikan air. Pengimbas cap jari yang terdapat di belakang Moto M, melindungi data dan ia hanya boleh diakses oleh tuan punya Moto M sahaja.

Dengan kapasiti bateri 3,050mAh, Moto M dapat memberikan tenaga yang berpanjangan dan boleh digunakan sepanjang hari. Ia ditambah lagi dengan pengecas pantas 10W untuk penantian mengecas yang hanya sementara.

Satu perkara menarik tentang Moto M buat pengguna tegar Android, adalah pengalaman asli dan tulen Android. Antaramuka Moto M dikekalkan tanpa perubahan, serta tiada aplikasi bloatware yang memualkan.

Rupa premium Moto M diserlahkan dengan dua pilihan warna yang disediakan, Emas dan Kelabu. Paling utama, dengan segala macam spesifikasi dan fungsi canggih yang disebut tadi, Moto M boleh dibeli pada harga RM1,199 sahaja. Sangat berbaloi!

Ingin tahu lebih lanjut tentang telefon ini, layari laman web rasmi Moto M Malaysia.

Comments

Apa komen anda?