Kualiti Aksi Lebih Tinggi Dengan Yi 360 VR Baru

Share Button

Yi Technologies, pengeluar kamera aksi yang terkenal dengan harga mampu miliknya kali ini turut menyertai arena kamera 360 apabila melancarkan Yi 360 VR.

Berbeza dengan kamera 360 yang dihasilkan Mijia, kamera ini merakam kandungan VR pada resolusi yang lebih tinggi iaitu 5.7k. Ia juga memiliki fungsi penstriman secara langsung terus ke aplikasi tertentu tanpa perlu melalui komputer untuk melakukan cantuman VR.

Kuasa pemerosesan ini diperoleh daripada cip VR Ambarella yang baru, H2V95 yang digandingkan dengan dua sensor Sony IMX377 12MP. Tidak pula dinyatakan sama ada kamera ini kalis debu dan air.

Yi 360 VR telah dibuka tempahannya pada harga USD 399 (RM1,740).

Jika anda masih kurang faham, Yi Technologies dan Mijia adalah rakan perusahaan kepada Xiaomi. Kedua-duanya menerima pelaburan daripada Xiaomi untuk menjadi sebahagian daripada siratan ekosistem produk pintar Xiaomi.

Jika Yi Technologies lebih menumpukan kepada teknologi pengimejan, Mijia pula lebih banyak menghasilkan produk peralatan rumah. Namun begitu, kedua-duanya boleh menggunakan logo MI untuk memasarkan produk masing-masing.

[Sumber: DPReview, Yi Technologies]

Apa komen anda?