KawKaw Squad Beri 50% Lebih Data Kepada Pengguna Xpax

Share Button

Jika anda seorang pengguna pelan prabayar Celcom XPAX yang berusia 25 tahun kebawah, Celcom memberikan anda 50% lebih banyak kuota apabila anda melanggan pelan internet bulanan daripada mereka. Melalui tawaran KawKaw Squad Celcom yang terbaru, pengguna yang lahir antara 1992 hingga 2005, anda layak menerima sehingga 5GB data bonus!

Terdapat dua pelan Internet bulanan dalam pelan prabayar Xpax. Mereka boleh memilih pelan Bulanan RM30 atau Bulanan RM50. Kedua-dua pelan itu masing-masing memberikan data sebanyak 5GB dan 10GB. Melalui KawKaw Squad, pengguna akan terima 2.5GB dan 5GB lagi data mengikut pelan.

Maka jumlah data yang akan anda nikmati adalah 7.5GB dan 15GB untuk apa-apa kegunaan tanpa sekatan.

Jika anda rasakan diri layak tapi masih menggunakan pelan yang lama, hantarkan SMS “MIG XPAX” ke 28882 terus melakukan pendaftaran melalui aplikasi Xpax ataupun kod USSD *118*7*1#.

Tawaran ini hanya berlangsung selama setahun bermula 17 April 2017 hinggalah 17 April 2018. Layari laman rasmi Xpax untuk maklumat lanjut.

[Sumber: Xpax]

Comments

Apa komen anda?